Kepercayaan dan Skeptisisme: Pandangan Pengundi Muda di Malaysia Terhadap Janji Pilihan Raya
List of Authors
  • Abdul Rahim Ahmad, Hayati Hussin, Mohd Kamarulnizam Abdullah, Noor Hafizah Mohd Haridi, Norsaleha Mohd Salleh, Sheikh Ahmad Al Yamani Sheikh Mokhtar

Keyword
  • janji pilihanraya, manifesto, media sosial

Abstract
  • Penglibatan pengundi muda di Malaysia mengalami perubahan signifikan dengan pelaksanaan Undi18, yang memberi peluang kepada golongan ini untuk menyertai proses politik lebih awal. Namun masih terdapat cabaran dalam tahap kepercayaan mereka terhadap janji-janji pilihan raya. Ini menunjukkan bahawa pengundi muda kerap kali bersikap skeptis akibat sejarah kegagalan pihak berkepentingan dalam menunaikan janji, diperkuatkan oleh penyebaran maklumat kritikal di media sosial yang menjadi sumber utama maklumat mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada skeptisisme pengundi muda terhadap janji politik dan bagaimana media sosial mempengaruhi persepsi mereka. Pendekatan kuantitatif digunakan melalui soal selidik dalam talian untuk mengumpul data mengenai sikap pengundi muda yang berpendidikan tinggi terhadap maklumat politik yang diperoleh melalui media digital. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 67% pengundi muda mengamalkan pendekatan kritis, dengan tahap kepercayaan rendah terhadap maklumat politik di media sosial, manakala 85% responden mengutamakan pemikiran kritis sebagai asas membuat keputusan politik. Kajian ini memberi implikasi penting terhadap keperluan meningkatkan literasi politik dan kesedaran mengenai pemikiran kritis dalam kalangan pengundi muda bagi membendung impak negatif maklumat tidak sahih. Keputusan kajian ini boleh membantu dalam merumuskan strategi bagi memperkuat kepercayaan politik dalam kalangan pengundi muda, sekali gus menyumbang kepada kematangan politik mereka dan kestabilan politik jangka panjang di Malaysia.

Reference
  • No Data Recorded