Kemahiran Budaya dalam Kalangan Bakal Guru: Asas Persediaan untuk Mengajar Murid yang Pelbagai Etnik dan Budaya
List of Authors
  • Adila Ismail, Huzili Hussin, Mohammad Rezal Hamzah, Nang Nashirah Nik Dahalan, Yasmin Ahmad

Keyword
  • Kemahiran Budaya, Kompetensi Budaya, Kepelbagaian Budaya, Kecekapan Budaya

Abstract
  • Sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya, kemahiran budaya adalah salah satu aspek penting yang perlu ada di dalam diri bakal guru untuk mengajar murid daripada pelbagai budaya. Bakal guru perlu mempunyai tahap kemahiran budaya yang tinggi supaya setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat menarik minat murid dan tidak berlaku bias, seterusnya dapat menjadikan sesi pengajaran di dalam kelas lebih efektif dan responsif terhadap kepelbagaian budaya yang wujud. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kemahiran budaya dalam kalangan bakal guru sebagai asas persediaan untuk mengajar murid daripada pelbagai etnik dan budaya di sekolah kelak. Pendekatan kualitatif digunakan melalui kaedah temu bual secara mendalam. Kajian ini melibatkan temubual secara mendalam dengan sepuluh pelajar tahun akhir program pendidikan serta enam pensyarah serta dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hasil kajian mendapati kemahiran budaya dalam kalangan bakal guru membantu dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang terdiri daripada murid pelbagai etnik, mewujudkan hubungan baik di antara guru dan pelajar, membantu bakal guru mencungkil bakat atau kemahiran yang terpendam untuk diaplikasikan kepada murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik dan budaya. Pengalaman semasa praktikum memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan kemahiran budaya bakal guru seterusnya kompetensi budaya dalam kalangan mereka. Oleh itu, pihak universiti atau institusi yang menawarkan program pendidikan haruslah memastikan bahawa penempatan pelajar bagi menjalani sesi praktikum haruslah ditempatkan di sekolah-sekolah yang terdiri daripada komposisi murid yang pelbagai etnik dan kelompok budaya bagi memastikan bakal guru memperoleh pengalaman yang kaya berkenaan pelbagai etnik yang seterusnya dapat meningkatkan kompetensi budaya dalam kalangan mereka.

Reference
  • No Data Recorded