Amalan Praktikum Guru Pelatih Cemerlang Opsyen Pendidikan Islam di Johor
List of Authors
Kamarul Azmi Jasmi, Siti Norhana Abu Hamis, Wan Hasmah Laili Wan Hamat
Keyword
Amalan Praktikum, Guru Pelatih Cemerlang, Opsyen Pendidikan Islam, Johor
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai amalan praktikum bagi guru pelatih Pendidikan Islam yang cemerlang di Johor, serta mengenal pasti cabaran dan manfaat yang diperoleh semasa menjalani praktikum. Pengumpulan data dilakukan melalui pendekatan kualitatif yang melibatkan temu bual mendalam, analisis dokumen, dan pemerhatian, dengan menggunakan kaedah triangulasi untuk meningkatkan kesahihan data. Sepuluh orang guru pelatih yang menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik di dua kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di Johor telah dipilih sebagai peserta kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian NVIVO untuk mengenal pasti tema-tema utama yang berkaitan dengan pengalaman praktikum mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih mengalami pelbagai cabaran semasa praktikum, termasuk jurang antara teori dan amalan, serta kekurangan sokongan daripada guru pembimbing. Namun, mereka juga melaporkan manfaat yang signifikan dalam perkembangan profesional dan peribadi, seperti peningkatan kemahiran pengajaran, pengurusan bilik darjah, serta keyakinan diri. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan dalam penyelarasan antara teori dan praktikum, serta peningkatan sokongan bimbingan bagi memastikan keberkesanan pengalaman praktikum.