Penggunaan Modul Transisi Bahasa Arab (MOTBAR) Sebagai Langkah Permulaan Kepada Pembelajaran Kemahiran Menulis Bagi Pelajar Bukan Bumiputera
List of Authors
  • Anwar Firdaus Ahmad Shukri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff

Keyword
  • Modul Transisi Bahasa Arab (MOTBAR), Kemahiran Menulis, Pelajar Bukan Bumiputera

Abstract
  • Kajian ini membincangkan penggunaan Modul Transisi Bahasa Arab (MOTBAR) sebagai alat bantu untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar bukan Bumiputera. Modul ini dirancang untuk membantu peralihan pelajar dari tadika ke sekolah rendah melalui pendekatan bertema dan berperingkat, seperti Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Kajian ini menekankan cabaran yang dihadapi pelajar bukan Bumiputera, termasuk kesukaran memahami tatabahasa Arab, kekurangan motivasi, dan perbezaan fonologi. MOTBAR menggunakan pendekatan interaktif yang melibatkan aktiviti menulis, menyebut, mewarna, serta latihan kinestetik untuk memperkenalkan asas Bahasa Arab dengan cara yang menyeronokkan. Modul ini juga memanfaatkan tema harian seperti “Diri Saya” dan “Dunia di Sekeliling Saya” untuk menjadikan pembelajaran lebih relevan dan mudah difahami. Hasil kajian menunjukkan bahawa modul ini membantu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap Bahasa Arab. Modul ini diharapkan menjadi panduan kepada guru untuk memudahkan pengajaran dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab secara menyeluruh.

Reference
  • No Data Recorded