Heutagogi dan Teknologi Digital: Pendekatan Baru untuk Pendidikan Fleksibel dan Inklusif
List of Authors
  • Amy Liew Xiu Jie, Noor Sahirah Md Nayan, Nurul Aisyah Kamrozzaman, Sofia Elias

Keyword
  • heutagogi, pembelajaran kendiri, inovasi teknologi, fleksibel, autonomi pelajar

Abstract
  • Kertas konsep ini mengkaji potensi integrasi prinsip heutagogi dan inovasi teknologi digital dalam mentransformasikan landskap pendidikan abad ke-21. Berdasarkan konsep pembelajaran kendiri, heutagogi menekankan autonomi pelajar untuk mengawal dan mengurus proses pembelajaran mereka sendiri, sejajar dengan keperluan pembelajaran sepanjang hayat yang semakin relevan dalam dunia moden. Teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), dan platform pembelajaran digital menyokong pendekatan ini dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang diperibadikan, interaktif, inklusif, serta fleksibel. Kertas ini membincangkan implikasi integrasi heutagogi dan teknologi, serta menyediakan panduan praktikal untuk pendidik, institusi pendidikan, dan pembuat dasar dalam mengadaptasi paradigma pendidikan baru ini. Keseluruhannya, gabungan heutagogi dan teknologi dijangka mampu meningkatkan penglibatan pelajar, memperkukuh kemahiran kritikal dan sosial, serta mempersiapkan individu menghadapi cabaran global yang kompleks dan dinamik.

Reference
  • No Data Recorded