Kompetensi Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pembelajaran PAK21 Dalam Kalangan Guru Baharu
List of Authors
  • Aida Hanim A. Hamid, Sujitra A. Mahadevan

Keyword
  • Kompentensi Guru Besar, Pembelajaran Abad Ke-21, Guru Besar, Pelaksanaan Pembelajaran PAK-21, Guru Baharu

Abstract
  • Pembelajaran Abad Ke-21 atau PAK21 merujuk kepada pendekatan pendidikan yang memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran seperti pemikiran kritis, pemyelesaian masalah, kreativiti, kolaborasi dan literasi digital. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru besar dalam pelaksanaan pembelajaran PAK-21 dengan pelaksanaan pembelajaran PAK-21 dalam kalangan guru baharu. Kaedah tinjauan dalam kajian ini berbentuk kuantitatif yang berbentuk deskriptif dan interferensi. Soal selidik yang diadaptasi dan dimodifikasi daripada Abdul Yukl, telah digunakan untuk mengukur tahap kompentensi guru besar. Seterusnya, soal selidik yang diambil dari kajian Tay Meng Guat, Kirar ak Sare & Litat Blung (2017) yang diadaptasi dan dimodifikasi juga digunakan untuk mengukur pelaksanaan pembelajaran PAK-21 dalam kalangan guru baharu. Soal selidik kajian ini diedarkan secara atas talian melalui pautan Google Form kepada 400 guru sekolah rendah di Petaling Utama. Seramai 80 orang guru yang telah menjawab soal selidik kajian ini. Statistik deskriptif berasaskan persian SPSS dalam bentuk deskriptif frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan serta melibatkan analisis inferensi dalam bentuk korelasi pearson dan ujian regresi berganda telah digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian. Keputusan ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara tahap kompentensi guru besar dengan pelaksanaan pembelajaran PAK-21 dalam kalangan guru baharu. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang kuat antara tahap kompetensi guru besar dalam pelaksanaan pembelajaran PAK-21 dan pelaksanaan pembelajaran PAK-21, r = 0.850, p < 0.01.

Reference
  • No Data Recorded