Peranan Keterlibatan sebagai Mediator bagi Hubungan antara Efikasi Kendiri dan Kepuasan Guru Prasekolah Lelaki
List of Authors
  • Azali Jumaren, Madhyazhagan Ganesan, Mariani Md Nor

Keyword
  • Efikasi Kendiri, Keterlibatan Guru, Kepuasan Kerja, Guru Lelaki, Prasekolah, SCCT

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan keterlibatan guru sebagai konstruk mediator dalam hubungan antara efikasi kendiri dan kepuasan kerja dalam kalangan guru lelaki prasekolah di Malaysia, berasaskan kerangka Social Cognitive Career Theory (SCCT). Ketidakseimbangan jantina dalam pendidikan awal serta tekanan sosial yang dihadapi oleh guru lelaki menimbulkan keperluan untuk memahami faktor psikologi yang mempengaruhi kesejahteraan kerjaya mereka. Reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan pendekatan tinjauan keratan rentas melibatkan 300 orang guru prasekolah lelaki dari lima zon utama di Malaysia. Data dianalisis menggunakan Analisis Persamaan Berstruktur (SEM) dengan AMOS versi 24. Hasil menunjukkan efikasi kendiri mempunyai hubungan langsung yang signifikan terhadap keterlibatan kerja (β = .700, p < .001) dan kepuasan kerja (β = .401, p < .001), manakala keterlibatan kerja turut mempengaruhi kepuasan kerja secara signifikan (β = .598, p < .001). Analisis mediator menggunakan kaedah bootstrapping mengesahkan keterlibatan kerja sebagai mediator separa dalam hubungan antara efikasi kendiri dan kepuasan kerja (kesan tidak langsung = .419, p = .001). Kajian ini menyumbang kepada perluasan aplikasi SCCT dalam konteks bidang kerjaya bukan traditional serta menyarankan keperluan intervensi dasar dan latihan yang menyokong efikasi dan keterlibatan guru lelaki bagi meningkatkan kelestarian kerjaya dalam pendidikan awal.

Reference
  • No Data Recorded