Cabaran Pengintegrasian Kemahiran Bahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek
List of Authors
  • Mohd Rohiman Subri, Muhammad Zuhair Zainal

Keyword
  • Pengintegrasian Kemahiran Bahasa; Pengajaran Berasaskan Projek; Bahasa Melayu; Analisis Tematik; Jurulatih Utama

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran pengintegrasian kemahiran bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu berasaskan projek (PBMP). Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes dengan melibatkan tiga orang Jurulatih Utama Bahasa Melayu sebagai peserta kajian yang dipilih secara bertujuan. Data dikumpul melalui temu bual mendalam dan pemerhatian pengajaran serta dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik Braun dan Clarke. Hasil analisis pengkaji mengenal pasti empat tema utama cabaran yang dihadapi guru iaitu kekangan pedagogi dalam merancang serta melaksanakan aktiviti pengintegrasian kemahiran bahasa, kekangan masa dan beban kerja yang menjejaskan keberkesanan pelaksanaan projek, kekangan teknologi dan infrastruktur yang menghadkan penggunaan sumber digital serta cabaran kolaborasi dan penyertaan murid akibat heterogeniti tahap kemahiran serta motivasi yang tidak seimbang. Dapatan kajian ini menekankan keperluan sokongan sistemik termasuk latihan profesional berterusan dan dasar pendidikan yang responsif serta penyediaan infrastruktur teknologi yang setara bagi menyokong guru melaksanakan pengintegrasian kemahiran bahasa secara berkesan dalam konteks PBMP. Kajian ini memberikan implikasi penting kepada pembuat dasar, perancang kurikulum dan pendidik dalam merangka strategi pengajaran yang lebih autentik, inklusif dan berkesan.

Reference
  • No Data Recorded