Kesediaan Guru One-Off terhadap Aktiviti Peningkatan Profesionalisme Kendiri dalam Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Sekolah Rendah
List of Authors
Khairul Farhah Khairuddin, Nur Shamsiyah Hussein
Keyword
Guru One-off, Kesediaan Guru, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Pembangunan Profesional Kendiri, Program Pendidikan Inklusif
Abstract
Kertas konsep ini meneliti kesediaan guru yang direkrut secara one-off untuk melibatkan diri dalam pembangunan profesional kendiri semasa melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di sekolah rendah. Pengenalan PPI di Malaysia memberi peluang kepada MBPK untuk mengikuti pendidikan arus perdana. Namun, kejayaan PPI bergantung kepada kompetensi dan motivasi guru, terutamanya mereka yang baharu direkrut tanpa latihan berstruktur. Kajian ini mengenal pasti cabaran utama seperti kurangnya persediaan, sokongan teknikal yang tidak mencukupi, dan kesukaran dalam mengurus proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Walaupun pembangunan profesional adalah laluan untuk meningkatkan kompetensi guru, usaha kendiri sering terhalang oleh motivasi yang rendah dan kekurangan peluang kepimpinan. Berdasarkan analisis literatur, kertas konsep ini meneroka strategi untuk memperkukuh pembangunan profesional kendiri dan menekankan kepentingan sokongan pentadbiran serta penggunaan teknologi bantu bagi memastikan pelaksanaan PPI berjalan dengan berkesan. Cadangan dikemukakan kepada pembuat dasar, pentadbir sekolah, dan guru untuk membangunkan kerangka pembangunan profesional yang mampan, bagi membantu guru mengatasi cabaran dan memupuk inklusi bermakna. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada penambahbaikan amalan PPI di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada kesediaan, motivasi, dan pertumbuhan professional khususnya bagi guru lantikan secara one-off.