Persepsi dan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Secara Digital dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah TS25
List of Authors
Tanalakshmi Sukumaran, Zamri Mahmood
Keyword
Persepsi dan Pelaksanaan, PdPc Digital, Program Transformasi Sekolah TS25
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran digital merupakan elemen penting dalam perancangan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia, selari dengan usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara serta melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran digital dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini memberi tumpuan kepada 113 orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah yang sedang melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di daerah Gombak. Pendekatan kajian ini adalah secara kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Data yang diperoleh dianalisis melalui analisis deskriptif, ujian Korelasi Pearson dan ujian-t sampel bebas. Kajian ini turut menggunakan Model Suchman dan Model Slavin 1994 sebagai kerangka rujukan.