Tahap Kompetensi Guru dalam Pengajaran STEM di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
List of Authors
  • Khairul Azhar Jamaludin, Lim Sheng Jia

Keyword
  • Tahap Kompetensi, Pengajaran STEM, Sekolah Rendah, Pengetahuan Guru, Kemahiran Pengajaran, Sikap Guru

Abstract
  • Pendidikan STEM di Malaysia telah diterapkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2010-2025 untuk mempersiapkan murid menghadapi cabaran abad ke-21 dan mendukung agenda Revolusi Industri 4.0. Namun, laporan PISA menunjukkan penurunan prestasi mencerminkan cabaran dalam pengajaran STEM akibat kekurangan kompetensi guru dalam pengajaran STEM. Kekurangan kajian yang menyeluruh mengenai tahap kompetensi guru dalam melaksanakan pengajaran STEM dijalankan. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menilai tahap kompetensi guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran, dan sikap dalam pengajaran STEM di 12 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Pasir Gudang, Johor. Terdapat 250 orang guru dipilih menggunakan persampelan rawak mudah untuk menjawab soal selidik melalui cara pengedaran soal selidik kepada responden. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran adalah sederhana tinggi manakala tahap sikap sederhana rendah. Hubungan antara pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran STEM adalah signifikan. Kajian ini dapat menekankan kepentingan meningkatkan kompetensi guru dalam pengajaran STEM untuk melaksanakan pengajaran STEM yang berkualiti.

Reference
  • No Data Recorded