Kandungan karbon organik dan stok karbon dalam tanih gambut, persekitaran pertanian kelapa sawit, Kuala Langat Selatan, Selangor
List of Authors
  • Sahibin Abd. Rahim , Zulfahmi Ali Rahman

Keyword
  • Asid humik, asid fulvik, karbon organik, Kuala Langat Selatan, Stok karbon, tanih gambut

Abstract
  • Kajian telah dijalankan untuk menentukan kandungan karbon dan stok karbon dalam tanih gambut di kawasan penanaman kelapa sawit di Kampung Tumbuk Darat, Kuala Langat Selatan, Selangor. Sampel tanih gambut telah diambil berdasarkan persampelan dalam plot satu hektar yang telah dibahagikan kepada 16 subplot bersaiz 25x25m. Kajian telah dilakukan pada 20hb Disember 2008. Persampelan telah dilakukan di semua subplot mengikut kedalaman hingga ke tanih mineral. Kandungan karbon organik tanih ditentukan berdasarkan Kaedah Walkley & Black. Penentuan pH dalam tanih: air suling dan pH dalam tanih: KCl dijalankan berdasarkan nisbah 1:2.5 bagi tanih dan air. Kekonduksian elektrik ditentukan di dalam hasil ekstrak gipsum tepu. Kandungan asid humik dan asid fulvik ditentukan dengan kaedah pengasingan molekul asas. Purata nilai kekonduksian elektrik adalah dari 2.50 mScm-1 hingga 2.78 mScm-1. Nilai kekonduksian elektrik meningkat mengikut kedalaman. Purata nilai pH:air suling dan pH:KCl adalah masing-masing dari 3.36 hingga 3.59 dan 2.91 hingga 3.09. Purata nilai pH dalam KCl meningkat sedikit mengikut kedalaman. Purata kandungan karbon organik di dalam tanih berjulat dari 38.25% hingga 42.49%, dengan kandungannya berkurang mengikut kedalaman. Bagi asid humik dan asid fulvik, purata kandungannya masingmasing adalah dari 3.29 hingga 4.24% dan dari 1.10 hingga 2.61%. Purata kandungan kedua-dua jenis asid organik ini berkurangan mengikut kedalaman. Berat tanih yang dikira dalam satu hektar pada kedalaman 80 cm dan mempunyai ketumpatan pukal 0.26 g/cm3 adalah 2080 tan/ha, manakala stok karbonnya adalah 872.72 tan/ha.

Reference
  • Arrouays, D., Deslais, W. & Badeau, V. 2001. The carbon content of topsoil and its geographical distribution in France. Soil Use and Management 17(1): 7-11.
    Avery, B. W. & Bascomb, C. L. (pnyt.). 1982. Soil Survey Laboratory Methods: Soil Survey Technical Monograph No. 6. Harpenden: t.pt.
    da Silva, A.P., Kay, B.D. & Perfect, E. 1994. Characterization of the least limiting water range of soils. Soil Sci. Soc. Am. J. 58, 1775-1781.
    Davidson, E.A. & Ackerman, I.L. 1993. Changes in soil carbon inventories following cultivation of previously untilled soils. Biogeochemistry 20: 161-193.
    Eswaran, H., Van den Berg E., Reich, P. & Kimble, J. 1995. Global soil carbon resources. P. 27-43. In: Lal, R., Kimble, J., Levine, E., Stewart, B.A. (pnyt.), Soils and Global Change. CRC/ Lewis Publishers, Boca Raton, FL.
    Follett, R.F., Lal, R. & Kimble, J. 1998. Pedospheric processes and the carbon cycle. United States of America: CRC Press.
    Grossman, R.B., Ahrens, R.J., Gile, L.H., Montoyo, C.E. & Chadwick, O.A. 1995. A real evaluation of carbonate carbon in a desert area of southern New Mexico.p.81-91. In: Lal, R., Kimble, J., Levine, E., Stewart, B.A. (pnyt.), Soils and Global Change. CRC/ Lewis Publishers, Boca Raton, FL.
    Guo, L.B. & Gifford, R.M. 2002. Soil carbon stocks and land use change: a meta analysis. Global Change Biology 8: 345-360.
    Houghton, R.A. & Hackler, J.L. 1999. Emissions of carbon from forestry and landuse change in tropical Asia. Global Change Biology 5:481-492.
    Jacot, K.A., Lucher, A., Nosberger, J. & Hartwig, U.A. 2000. Symbiotic nitrogen fixation of various legume species along an altitudinal gradient in the Swiss Alps. Soil Biol. Biochem. 32: 1043-1052.
    Kirschbaum, M.U. 1995. The temperature dependence of soil organic matter decomposition and the effect of global warming on soil organic carbon storage. Soil Biol. Biochem. 27: 753-760.
    Lal, R. 2004. Soil carbon sequestration impacts on global climate change and food security. Science 304: 1623-1626.
    Lasco, J.K., Brown, S. & Schlamadinger, B. 1998. Forest harvest and wood products: sources and sinks of atmospheric carbon dioxide. Forest Science 44(2): 272-284.
    Lugo, A.E., Sanchez, M.J. & Brown, S. 1986. Land use and organic carbon content of some subtropical soils. Plant and soil 96: 185-196.
    Mann, L. 1986. Changes in soil carbon storage after cultivation. Soil Science 142: 279-288.
    Massey, D.M. & Winsor, G.W. 1968. Soil salinity studies. II-The relation of plant growth to salinity in soil and soil mixtures of differing physical properties. Journal of the Science of Food and Agriculture 19(6): 332-338.
    McBride, R.A., Gordon, A.M. & Shrive, S.C. 1990. Estimating forest soil quality from terrain measurements of apparent electricity. Soil Science 54: 290-293.
    Patiram, B., Thakur, N.S.A. & Ramesh, T. 2007. Soil Testing and Analysis: Plant, Water and Pesticide Residue. New Delhi: New India Publishing Agency.
    Puget, P., Lal, R., Izaurralde, C., Post, M. & Owens, L.B. 2005. Stock and distribution of total and corn-derived soil organic carbon in aggregate and primary particle fractions for different land use and soil management practices. Soil Science 170: 256-279.
    Rhoades, J.D., Manteghi, N.A., Shouse, P.J. & Alves, W.J. 1989. Soil electrical conductivity and soil salinity: new formulations and calibrations. Soil Science 53: 433-439.
    Schlesinger, W.H. 1986. Changes in soil carbon storage and associated properties with disturbance and recovery. p. 194-220. In: Trabalka, J.R. and Reichle, D.E. (pnyt.), The Changing Carbon Cycle. Springer. p592.
    Sedjo, R.A. & Solomon, A.M. 1988. Climate and Forests. International Institute for Applied Systems Analysis. Laxemburg, Austria.
    Sollins, P., Milne, R., Powlson & Caldwell, B.A. 1996. Stabilization and destabilization of soil organic matter: mechanisms and controls. Geoderma 74: 65-105.
    Tan, K.H. 2005. Soil Sampling, Preparation, and Analysis. Ed ke-2. United States: CRC Press.
    Walkley, A. 1947. A critical examination of a rapid method for determining organic carbon m soils: Effect of variations in digestion conditions and of inorganic soil constituents. Soil Sci. 63:251-263.
    Wu, H.B., Guo, Z.T. & Peng, C.H. 2003. Land-use induced changes of organic carbon storage in soils of China. Global Change Biology 9: 305-315.
    Zeller, V., Bardgett, R.D. & Tappeiner, U. 2001. Site and management effects on soil microbial properties of subalpine meadows: a study of land abandonment along a north-south gradient in the European Alps. Soil Biol. Biochem. 33: 639-649.
    Zeitz, J. 1997. Geochemie and Umwelt. Relevant process in atmosphere, pedosphere and hydrosphere. Springer 34: 75-94.