PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) MATEMATIK DALAM KALANGAN PENSYARAH DI KOLEJ-KOLEJ VOKASIONAL NEGERI SEMBILAN
List of Authors
  • Kaliammah Krishnan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Era teknologi maklumat telah merangsang tranformasi pendidikan dan teknologi pendidikan. Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) terus dipertingkatkan bagi merangsang generasi muda.  Kajian ini merupakan kajian tinjauan terhadap tahap pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik oleh pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional (KV). Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen. Kajian rintis dilaksanakan bagi menentukan nilai kebolehpercayaan setiap item dalam instrumen. Nilai kebolehpercayaan Alfa Kroanbach bagi instrument berada pada tahap tertinggi iaitu α>0.70. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap pengintegrasian TMK dengan mengambilkira kekerapan penggunaan, tahap kemahiran, kelakuan, sikap serta sokongan TMK oleh pengurusan KV. Sampel kajian terdiri daripada 42 orang pensyarah matematik dari 6 buah KV di Negeri Sembilan. Data-data dari dapatan kajian dianalisa secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS Version 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, kekerapan penggunaan TMK berada pada tahap yang tinggi (min 3.56, S.P 0.4357).  Kemahiran TMK pensyarah berada pada tahap mahir (min 3.14, S.P 0.3968). Pensyarah mempunyai kelakuan yang positif terhadap pengintegrasian TMK (min 3.12, SP 0.3300). Dari segi sikap menunjukkan tahap sederhana positif (min 2.75, SP 0.1198). Sokongan TMK oleh pihak pengurusan KV berada pada tahap sederhana negatif (min 2.39, SP 0.1798). Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran TMK dengan kelakuan pensyarah. Sikap pensyarah terhadap pengintegrasian TMK turut mempunyai hubungan yang signifikan dengan sokongan TMK oleh pengurusan KV. Secara keseluruhanya pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik berada pada tahap yang baik. Pensyarah matematik KV mempunyai kemahiran dan sikap yang positif terhadap pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik. Kemudahan dan sokongan TMK oleh pengurusan KV masih berada dalam keadaan sederhana. Tahap pengintegrasian TMK dalam PdPc akan meningkat jika sokongan dan bantuan berasaskan TMK dapat disediakan di KV.


Reference
  • No Data Recorded