Kajian kebolehpasaran graduan Program Antropologi dan Sosiologi sebelum dan semasa pandemik COVID-19
List of Authors
  • Azlina Abdullah , Dayang Fitri Izzati Abdul Aziz

Keyword
  • Kebolehpasaran, pekerjaan, graduan, modal sosial, pandemik COVID-19

Abstract
  • Pada era modenisasi, graduan menghadapi halangan dan cabaran untuk keluar daripada status pengangguran. Persaingan graduan mendapatkan pekerjaan semakin meningkat berikutan penambahan jumlah graduan yang bergraduasi setiap tahun. Keadaan ekonomi yang merosot disebabkan oleh pandemik COVID-19 turut meningkatkan lagi tahap kesukaran graduan untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pola kebolehpasaran graduan sebelum dan semasa pandemik COVID-19, mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran serta peranan modal sosial terhadap kebolehpasaran graduan. Kajian ini dijalankan ke atas 106 orang responden yang terdiri daripada graduan Program Antropologi & Sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia yang ber-graduasi pada tahun 2018, 2019 dan 2020. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan responden dipilih melalui kaedah pensampelan rawak mudah berstrata. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 20. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehpasaran graduan ANSOS UKM yang bergraduasi sebelum dan semasa pandemik berada pada tahap yang sangat baik dan stabil. Kemahiran teknologi digital merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan dan merupakan satu keperluan bagi ke-banyakan majikan. Akhir sekali, dapatan kajian menunjukkan faktor modal sosial yang diperoleh mahasiswa sepanjang pengajian di universiti memberikan pengaruh dan impak positif terhadap tahap kebolehpasaran graduan. Kesimpulannya, graduan haruslah mempersiapkan diri dengan mengasah kemahiran dan membina modal sosial semasa masih bergelar mahasiswa bagi meningkatkan kebolehpasaran diri untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan. Implikasi kajian ini terhadap usaha berterusan dalam memastikan kelestarian kebolehpasa-ran graduan khususnya dalam bidang, di samping memperkasa graduan secara menyeluruh.

Reference
  • 1. Amanuddin, S., Khairon Hamizah, M. I., Muhammad Naim, A, Nur Zahidah, N. M. & Thevamalar, A. (2013). Graduate Unemployment: The Awareness and Perception of graduates towards government’s initiatives. International Journal of Business, Economics and Law, 3(1), 15-24.
    2. Batistic, S. & Tymon, A. (2017). Networking behavior, graduate employability: A social capital perspective. Education and Training, 59(4), 374-388.
    3. Bourdieu, P. (1986). The Forms of Capital. In Richardson, J. G. Handbook of Theory and Research for the Sociology of Education. New York: Greenwood Press, 241-258.
    4. Bridgstock, R. (2009). The graduate attributes we’ve overlooked: Enhancing graduate employability through career management skills. Higher Education Research and Development. 28(1), 31-44.
    5. Coleman, J. S. (1990). Foundation of social theory. Cambridge: Belknap Press of Harvard University Press.
    6. Luo, M., Zhang, D., Shen, P. Yang, S. & Jia, P. (2021). COVID-10 Lockdown and social capital changes among youths in China. International Journal of Health Policy and Management. 1-6.
    7. Nooriah, Y. & Zakiah, J. (2017). Pembangunan kebolehpasaran siswazah: Tindakan universiti dan cabaran yang dihadapi. Jurnal Personalia Pelajar, 20(2017), x(x),15-32.
    8. Nor Azira, A., Nor Suhaiza, M. K., Suzei, M. N. & Zarina, M. Z. (2020). Kajian kebolehpasaran siswazah fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi, UITM. International Journal of Social Science Research, 2(3), 144-155.
    9. Norhayati, B., Ishak, Y. & Rahmah, I. (2012). Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangguran di Malaysia. Prosiding PERKEM VII, 209 – 227.
    10. Norliana, H., Chang, P. K. & Mat Pauzi, A. R. (2016). STOPS: Mengungkai isu kebolehpasaran graduan di Malaysia. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, 32(2), 139-164.
    11. Putnam, R. D. (1995). Bowling Alone: America’s Declining Social Capital. Journal of Democracy, 6(1), 65-78.
    12. Tomlinson, M., McCafferty, H. Fuge, H. & Wood, K. (2017). Resources and readiness: The Graduate capital perspective as a new approach to graduate employability. Journal of the National Institute of Education and Counselling, April (38), 28-35.
    13. The World Bank. (2007). Malaysia and the Knowledge Economy: Building a World-Class Higher Education System, March 2007.