Emosi dan punca anak wanita HIV/AIDS berada di rumah perlindungan
List of Authors
  • Aishah@Eshah Mohamed , Fatimah Yusoff

Keyword
  • Kanak-kanak HIV/AIDS, rumah perlindungan, emosi, keluarga dan gembira

Abstract
  • Anak kepada wanita HIV/AIDS distigma, didiskriminasi, disisihkan dan dilayan secara negatif oleh keluarga dan masyarakat. Jarang ada ahli keluarga yang mahu membela mereka. Wanita HIV selalunya terpaksa menghantar anak ke rumah perlindungan sebelum penyakit mereka meningkat ke tahap AIDS dan tak berupaya untuk menjaga anak sendiri. Rumah perlindungan difikirkan sebagai tempat yang paling sesuai apabila tidak ada ahli keluarga yang ingin menjaga anak mereka terutama yang HIV. Artikel ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenalpasti alasan kanak-kanak HIV/AIDS berada di rumah perlindungan. Kedua, menyelami perasaan mereka setelah berada di rumah perlindungan. Perbincangan ini diasaskan kepada data yang didapati daripada temu bual mendalam dengan 12 orang kanak-kanak HIV/AIDS yang ditempatkan di dua rumah perlindungan di Kuala Lumpur, iaitu PERNIM (tujuh orang) dan Rumah Solehah (lima orang), yang dilakukan dalam tahun 2009 hingga 2010. Terdapat empat penyebab yang menyebabkan responden ditempatkan di PERNIM dan Rumah Solehah, iaitu (a) dihantar oleh ahli keluarga, (b) ditinggalkan di hospital oleh keluarga, (c) dibuang di tempat awam dan (d) ditemui oleh pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat terbiar di jalanan. Tanpa keluarga di sisi, kanak-kanak ini merasa sedih, ragu-ragu, takut,bimbang dan marah. Mereka tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga sendiri seperti kanak-kanak lain. Namun begitu, mereka merasa gembira, bersyukur dan berterima kasih kerana masih ada orang yang sudi menjaga, merawat, mendidik, memberi makan dan memberi perlindungan kepada mereka. Di rumah perlindungan mereka dapat merasa kehidupan berkeluarga dan disayangi walaupun bukan daripada darah daging sendiri.

Reference
  • Aishah@Eshah Haji Mohamed. 2004. Kanak-kanak, Keluarga dan HIV/AIDS. Jurnal Kerja Sosial. 3:51-67.
    Aishah@Eshah Haji Mohamed. 2008. HIV/AIDS dalam kalangan remaja dan halangan semasa membuat mengkaji. Jurnal Pembangunan Sosial. 11:69-83.
    Akello, G Reis, R. & Richters, A. 2010. Silencing distressed children in the context of war in northern Uganda:An analysis of its dynamics and its health consequences. Social Science & Medicine. 71(2010): 213-220.
    Ansell, N. & Lorraine van Blerk. 2004. Children's Migration as a Household/Family Strategy: Coping with AIDS in Lesotho and Malawi. Journal of Southern African Studies, Vol. 30, No. 3. (Sep.).
    Bicego, G., .S. Ratstein & K.Johnson.2003. Dimensions of the emerging orphan crisis in SubSaharan Africa. Social Science and medicine. 56.
    Brown, L.R. 1997. The potential impact of AIDS on Population and economic growth rates. A 2020 Vision for food, agriculture and the environment, 2020 Brief 43. Jun.
    Cambell, C. 1999. Women, families and HIV/AIDS: A sociological perspective on the epidemic in America. Cambridge university Press. Cambridge.
    Case, A., C.Paxson & J. Ableidinger. 2004. Orphans in Africa: Parental death, poverty and school enrollment. Demography. Vol. 41. No. 3 (Aug).
    Elizabeth Brackis-Cott, Claude Ann Mellins and Megan Block. 2003. Current Life Concerns of Early Adolescents and Their Mothers: Influence of Maternal Hiv. The Journal of Early Adolescence 2003 23: 51.
    Filgueiras, A. 1995. Socially apart youth: Priorities for HIV prevention. Dalam AIDS, safety, sexuality and risk. Disunting oleh P. Aggleton, P. Davies & G. Hart. Tylor & Francis. Exeter.
    Henderson, P.C. 2006. South African AIDS Orphans: Examining assumptions around vulnerability from the perspective of rural children and youth Childhood . Vol 13(3): 303–327.
    Levine, C.1996. Children in mourning: Impact of HIV/AIDS epidemic on mothers with AIDS and their families. Dalam AIDS as a gender issue: Psychological perspectives. Disunting L. Sherr, C.Hankins & L. Bennett. Tylor & Francis. London.
    Lyons. .M. 2003. The impact of HIC and AIDS on childrn, families and communities: risk and realities of childrn during the HIV epidemic. http://www.und.org/hiv/publications/issue/english/issue30e.html.
    Meintjes, H. & S. Giese. 2006. Spinning the epidemic : The making of mythologies of orphanhood in the context of AIDS. Childhood. Vol 13(3): 407–430.
    Melvin, D. 1996. Don’t forget the children: families living with HIV infection. NOVA Oline/Surving AIDS/AIDS in Perspective.2000. http://www.pbs.org/wgbh/nova/aids/perspective.html.
    Preble, E.A. 1990. Impact of HIV/AIDS on African children. Social science and medicine. 31.6.
    Rotheram-Bonus, M.J., J.A.Stein & Ying Yin Lin. 2001. Impact of parent death and an intervention on the adjustment of adolescent whose parents have HIV/AIDS. Journal of consulting and clinical psychology. 69.5.
    Patel. M. et al. 2002. Introduction. Evaluation and program planning. 25.4. November.
    Shaeffer, S. 1994. The impact of HIV/AIDS on education: a review of literature and experience. UNESCO section for Prevention education.
    Serovich J.M , Kimberly J.A, Greene K. 1998. Perceived Family Member Reaction to Women's Disclosure of HIV-Positive Information. Family Relations. (47) 1: 15-22 http://www.jstor.org/stable/584846. (23 Mei 2010).
    Showalter, S.E. 1997. Walking with grief: the trail of tears in a world of AIDS. The American Journal of Hospice and Palliative care. March/April 1997. 68 – 74.
    Stephen J. Scanlan. 2010. Gender, development, and HIV/AIDS: Implications for child mortality in less industrialized countries. International Journal of Comparative Sociology. 51(3) 211–232.
    UNAIDS. 2010. Report on the Global AIDS Epidemic. Geneva.
    UNICEF. 2009. Progress Report for Children Affected by HIV/AIDS. New York.
    Whittaker A.M. 1992. Living with HIV: Resistance by Positive People. Medical Anthropology Quarterly, New Series. (6) 4: 385-390 http://www.jstor.org/stable/649361 (16 April 2010).