Pengurusan artistik: kajian mengenai peranan set selaku tenaga kreatif dalam seni persembahan pentas di Malaysia
List of Authors
  • Ab Samad Kechot , Kahn, Sabzali Musa

Keyword
  • Kreativiti, pementasan, pereka set, perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, pengawalan

Abstract
  • Penulisan ini adalah berkaitan perkembangan kreativiti dan pengurusan organisasi seni persembahan pentas iaitu teater moden yang merangkumi perancangan rekabentuk, sumber manusia dan kreativiti dalam sesuatu pementasan. Pengurusan seni persembahan mempunyai peranannya tersendiri dalam menyumbang kepada sesuatu seni pementasan yang berkesan. Ia secara langsung melibatkan aktiviti rekabentuk yang harus dilalui oleh pereka set dan pasukan dalam menghasilkan sesebuah rekaan dan binaan set teater yang mantap. Kajian ini dilakukan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 2006. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif (temubual). Hasil penyelidikan ini dapat membantu memgumpulkan data serta menganalisisnya demi mengutarakan hujah-hujah dan jawapan yang tepat dan berfeadah. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa pereka set dan pasukan dalam produksi berperanan penting bagi menghasilkan sesebuah produksi yang mantap dan bermutu.Objektif utama artikel ini ialah untuk mengenalpasti psikologi pemikiran dan dorongan kerja yang wujud antara pereka set dan ahli pasukan dalam organisasi produksi teater di Istana Budaya. Artikel ini juga untuk mengenalpasti pemantauan dalam rekaan dan binaan set antara pereka set dan ahli pasukan dalam organisasi produksi teater di Istana Budaya. Penyelidik telah mengenalpasti tiga aspek penting yang harus diberi perhatian oleh pereka set dan pasukan produksi dalam proses menghasilkan rekaan dan binaan set. Penggunaan carta morfologi untuk setiap peringkat akan membantu bagi menghasilkan keberkesanan proses rekaan dan binaan set untuk sesebuah persembahan. Penggunaan templet petak lukisan yang berupa storyboard dapat membantu menghasilkan kejelasan visual setiap proses bagi semua peringkat produksi yang akan dipersembahkan. Dan kepelbagaian kepakaran dan pengetahuan pereka set penting bagi menghasilkan sesuatu rekaan dan binaan set yang mantap dalam persembahan.

Reference
  • Anwar Din. 2007. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Arnheim, Rudolf,1954. Art And Visual Perception: A Psychology Of The Creative Eye.Berkeley: University Of California Press.
    Bay, Howard.1974. Stage Design. New York. Drama Book Specialists. Bellman, WillardF. 1977. Scenography and Stage Technology: An Introduction. New York:Harper and Row.
    Bevlin Marjorie E.1980. Design Through Discovary. New York. Holt, Rinehart & Wintson.
    Block, Jonathan, et al.1987. Understanding Three Dimensions, Englewood Cliffts,NJ:PrenticeHall.
    Burton, Judith M. 1992. Art Education and the Plight of the Culture: A Status Report." In Art Education. Volume 45, No. 4. Reston, Virginia: National Art Education Association.
    Cheathan Rrank R, Cheathan Jane Hart: and Owens, Sheryl Hater. 1983. Design Concapts andn Application. Englewood Cliffts, NJ : Prentice-Hall.
    Cragan. J.F, & Shreid D.C. 1998. Understanding Communication : Balancing Creativity Constrant.(2nd
    ed).new York: st Martin’s Press.
    Enstice, W,.and Peters M. 1996 . Drawing,. Englewood Cliffts, NJ : Prentice-Hall.
    Francis D.K. Ching With Steven P.Juroszek. 1998.Design Drawing. Published By John Wiley & Son,Inc.
    George Santayana. 1952.Reas on in Art, Volum IV of the Life of Reason. NewYork: Coller Books.
    Harvey Sweet. 1995. The Complete Book Of Drawing For The Theatre. A Simon & Schuster Company Needham Heights. Massachusetts.
    Hasni Hashim, Melapik Makna ke Lantai Teater 22 Ogos 2000, Berita Harian.
    Jaffar Muhamad. 2000. Penghantar Pengurusan,. Kuala Lumpur. Vinlin Press Sdn.Bhd.
    John Malam. 2000.Theatre From First Rehearsal To Opening Nite. Great Britain. Belitha Press Limited.
    Kenton,Warren. 1978. Stage Properties and How to Make Them, New York. Drama Book Specialists.
    Lansing., Kenneth M. 1996. Art, Artist and Art Education. New York: Mc.Graw-Hill Book Company.
    Lauer,David. 1989. Design Basic, New York. Holt, Rinehart & Wintson.
    Mc.Kim ,Robert H.1972. Experiences in Visual Thinking, Monterey. CA: Brooks-Cole.
    Oren,P., Wolf, R.C.(1990). Scene Design And Stage And Stage Lighting. Florida: Harcourt Brace Jovanuvich College Publisher.
    Roskill, Mark.1989. What is Art History? 2nd edition. Mass: Univ. of Mass. Press.
    Ruskin, John. 1971. The Elements of Drawing, Dover Publications, Inc., New York.
    Simmons Seymour, III and Winer Marc S.A.1977. Drawing: The Creative Proses Englewood Cliffts, NJ: Prentice-Hall.
    Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
    The introduction/Realism, from Ellmann, Richard and Charles Feidelson, Jr, eds.1965. The Modern Tradition, Backgrounds of Modern Literature. New York: Oxford University Press.
    Vello Hubel dan Diedra B. Lussow.1995. Fokus Reka Bentuk. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur.
    Wesley G. Matthei. 2000.Mis.Managing the System. How to Chang the System. SAM Publishing Sdn Bhd.
    Yew Kam Keong, 2002. Bebaskan Kreativiti Anda, Siri motivasi dan Kecemerlangan Utusan, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd, Kuala Lumpur.