Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Setiap kaum mempunyai budayanya yang tersendiri. Identiti nasional seringkali dikaitkan dengan kepelbagaian budaya di Malaysia. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penerapan mengenai identiti nasional dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan mengkaji keberkesanan penggunaan didik hibur dalam menerapkan identiti nasional dalam kalangan murid. Ketirisan pengetahuan mengenai identiti nasional dalam kalangan murid sekolah rendah adalah pada tahap yang rendah. Justeru, kertas ini akan membincangkan mengenai identiti nasional, tahap pengetahuan identiti nasional dalam kalangan murid serta cadangan penyelesaian yang dapat menerapkan identiti nasional dalam diri murid. Seramai tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tahun enam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Temu bual terbuka dan berstruktur digunakan bagi mengetahui secara bersemuka mengenai kefahaman identiti nasional dalam diri murid. Kaedah dokumentasi juga dijalankan pada akhir kajian agar kajian ini dapat dilihat dengan lebih terperinci. Hasil daripada temubual terbuka bersama murid didapati bahawa pengetahuan murid mengenai identiti nasional masih lemah.