Peranan Tun Abdul Razak (Malaysia) dan Adam Malik (Indonesia) dalam menamatkan era konfrontasi Malaysia-Indonesia
List of Authors
  • Mohamad Akmal Ibrahim

Keyword
  • Tun Abdul Razak, Adam Malik, Konfrontasi, Malaysia-Indonesia

Abstract
  • Konfrontasi Malaysia dan Indonesia yang berlaku pada tahun 1963 telah menjadi sejarah hitam buat negara serumpun. Kesan konfrontasi menyebabkan hubungan politik dan ekonomi terjejas sehingga merugikan kedua-dua negara. Ini menyebabkan proses pemulihan untuk menamatkan konfrontasi terus dilakukan bagi memastikan hubungan kedua-dua negara pulih semula. Ketika era konfrontasi Malaysia dan Indonesia berlaku, dua watak penting dalam pemulihan semula hubungan Malaysia dan Indonesia adalah Tun Abdul Razak (Malaysia) dan Adam Malik (Indonesia). Perubahan pemerintahan Indonesia daripada Presiden Sukarno kepada Presiden Suharto telah merubah persekitaran luar Indonesia yang membolehkan langkah awal pemulihan hubungan Malaysia dan Indonesia. Kajian akan mengkaji peranan dan sumbangan kedua-dua tokoh iaitu Tun Abdul Razak dan Adam Malik dalam memulihkan semula hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia. Kaedah metodologi yang digunakan adalah kualitatif dan pendekatan analisis sejarah untuk mengenal pasti peristiwa dan kronologi berpandukan analisis dokumen. Data yang digunakan adalah data yang diperolehi melalui sumber primer dan sekunder. Kajian mendapati bahawa pandangan dan ideologi dasar luar yang lebih neutral dan berkecuali dalam isu hubungan antarabangsa oleh kedua-dua tokoh ini menjadi asas penting kepada persamaan dasar dalam pemulihan hubungan dan penamatan konfrontasi Malaysia dan Indonesia. Kajian ini memberikan pengetahuan mendalam hubungan Malaysia dan Indonesia terutama berkaitan peristiwa konfrontasi selain dapat membantu meningkatkan dasar hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Reference
  • 1. Aman. (2015). Sejarah Indonesia Masa Kemerdekaan, 1945-1998, Penerbit Ombak, Jakarta, Indonesia.
    2. Benjamin & Hinggins, J. (1958). “Indonesia: Now or Never, Foreign Affair, 37(1).
    3. Butwell, R. (1964). Malaysia and Its Impact on the International Relations of Southeast Asia, Asian Survey, 4(7), 940-946.
    4. Faridah Jaafar. (2012). Hubungan Ekonomi Antarabangsa Period Tunku Abdul dan Dr. Mahathir mohamad: Suatu Kajian Komparatif. SARJANA, Journal of Faculty of Arts and Social Sciences, 27, 29-47.
    5. Fisher, C. A. (1963). The Malaysian Federation, Indonesia and the Philippines, A Study in Political Geography, The Geographical Journal, 129(3), 311-328.
    6. FCO 24/243, Relations between Indonesia and Indonesia, Visit of The Tunku Abdul Rahman to Indonesia (Summary) official visit to Indonesia 4-8 March 1968.
    7. Hindley, D. (1963). Foreign Aid to Indonesia and its Political Implications Pacific Affairs, 36 (2), 107-119.
    8. Hindley, D, (1964). Indonesia Confrontation with Malaysia: A Search for Motivate, Asian Survey, 5(6), 904-913.
    9. Johan Saaravanamutthu. (2008). Malaysian Foreign Policy: The First Fifty Years, Alignment, Neutralism and Islamism, Institute of South East Asia Studies (ISEAS).
    10. Joseph, C. L.(2005). Tunku Abdul Rahman and Malaya’s Relations with Indonesia, 1957-1960, Journal of Southeast Asian Studies, 36(1), 87-109.
    11. Kahin, G. M. (1964). Malaysia and Indonesia, Pacific Affairs, 37(3), 253-270.
    12. Koleksi Keluarga Adam Malik. (2017).Naskah Sumber Arsip: Adam Malik Menembusi Empat Zaman, Memperingati 100 Tahun Adam Malik. Arsip Nasional Republik Indonesia, (ANRI).
    13. Kunaseelan. (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
    14. Leo Suryadinata. (1989). Suharto’s Indonesia: Two Decades On, Southeast Asian Affairs, Utheast Asian Affairs. ISEAS-Yusuf Ishak, hlm. 131-145.
    15. Mohamad Radzi, Abd Ghapa, Zubaidah & Azharudin. (2013). Rekonsiliasi Hubungan Malaysia-Indonesia Dalam Konteks Regionalism Asia Tenggara. Malaysia Journal of History, Politics & Strategy UKM, 40(1) ( July 2013), 177-197.
    16. Mohd Noor Yazid. (2000). Territorial Factors, Geo-Politics and Great Power Relations: The Case of Indonesia-Malaysia and South East Asian the Region 1961-1971. International Journal of Political Science (IJPS). 3(4), 52-63.
    17. Mohd Sohaimi Esa. (2011). Sumbangan Tun Abdul Razak dalam membina hubungan Malaysia-Indonesia, Jurnal Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Vol. 19, hlm. 197-216.
    18. Naskah Sumber Arsip Presiden RI: SOEHARTO. (2015). Arsip Nasional Republik Indonesia. Arsip Nasional Republik Indonesia (ANRI).
    19. Naskah Sumber Arsip: Adam Malik Menembusi Empat Zaman, Memperingati 100 Tahun Adam Malik. Arsip Nasional Republik Indonesia. (2017). Arsip Nasional Republik Indonesia (ANRI).
    20. Pamela Sodhy. (1988). Malaysian-America Relations during Indonesia’s Confrontation against Malaysia, 1963-1966, Journal of Southeast Asian Studies, 19(1), 111-136.
    21. Pauker. G. J. (1964). Indonesia in 1963, The Year of Wasted Opportunities, Asian Survey, 4(4), 687-694.
    22. Ricklefs, M. (2005). Sejarah Indonesia Modern 1200-2004. Jakarta. Serambi Ilmu Semesta.
    23. Smith, S., Owen, S. & Baylis, J. (2007). The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations, Oxford University Press, Oxford United Kingdom.
    24. Ucapan Tunku Abdul Rahman Putra 1957, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara.
    25. Ucapan-ucapan Tunku Abdul Rahman Putra: 1957-1960, Arkib Negara Malaysia, 1979.
    26. Ucapan-ucapan Tuan Haji Abdul Razak Hussein 1963, Kuala Lumput, Arkib Negara Malaysia & Jabatan Perdana Menteri, 1980.
    27. Ucapan-ucapan Tuan Haji Abdul Razak Hussein 1964, Kuala Lumput, Arkib Negara Malaysia & Jabatan Perdana Menteri, 1985.
    28. Ucapan-ucapan Tuan Haji Abdul Razak Hussein 1965, Kuala Lumput, Arkib Negara Malaysia & Jabatan Perdana Menteri, 1986.
    29. Yaza Azzahara & Mohd. Afandi. (2018).The Role of Cultural Diplomacy: Indonesia Malaysia Relations, Asian People Journal (APJ), 1(2), 197-206.
    30. Van der Kroef, J. M. (1963). Indonesia, Malaya, and the North Borneo Crisis, Asian Survey, Vol.3, No. 4, University of California Press, hlm. 173-181.