Pembangunan tanah hutan dan fenomena banjir kilat: kes Sungai Lembing, Pahang
List of Authors
  • Noorazuan Md Hashim , Sulong Muhamad

Keyword
  • Banjir kilat, guna tanah, luahan sungai, puncak luahan, pembalakan

Abstract
  • Banjir kilat yang berlaku dalam masa yang singkat (kurang daripada 6 jam) berupaya untuk meningkatkan paras air sungai secara mendadak. Kebanyakan banjir kilat yang berlaku memberi perhatian kepada banjir di kawasan tanah rendah. Bagaimanapun, kajian di Sungai Lembing yang terletak di kawasan tanah tinggi, lebih kurang 45 km dari pinggir pantai Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kajian ini cuba meneliti kesan perubahan guna tanah dan perubahan hidrologi di Lembangan Sg Kuantan bermula pada 1980 sehinggalah pada tahun 2002. Kajian ini mendapati penyahhutanan kawasan tanah tinggi (khususnya pada tahun 1990-2000) telah mengubah entiti kitaran hidrologi lembangan dan juga mengubah aliran rendah sungai berkenaan. Modifikasi alur termasuk pelurusan sungai dan pembinaan tebing konkrit meningkatkan puncak luahan di kawasan tanah rendah terutamanya di Jalan Panching dan Sg Isap, Kuantan. Pengurangan litupan vegetasi di tanah tinggi juga telah mengurangkan masa memuncak hidrograf. Hasil soalselidik dan temubual penduduk dan pengusaha chalet juga telah mengesahkan faktor aktiviti pembalakan haram merupakan faktor pencetus kepada banjir kilat di kawasan tersebut.

Reference
  • Acreman, M (ed). 2000. The hydrology of the UK. A study of change. London: Routledge.
    Ahmad Jamaluddin & Low, K.S. 2002. The 1998 Drought in the Kuala Lumpur-BangiKajang Cornubation: Charaterisation and Impatcs. Paper presented at the International Conference on Urban Hydrology. 14-18 October 2002. Kuala Lumpur.
    Bedient, P. & Huber, W. 1988. Hydrology and floodplain analysis. Massachusetts: AddisonWesley
    Pub.
    Bruinjzeel, L.A. 1990. Tropical moist forest: a state of knowledge review. Paris: UNESCO.
    Chan, N.W. 1996. Aspek-aspek sosio-ekonomi berkaitan dengan bahaya dan bencana banjir di Semenanjung Malaysia. Prosiding Persidangan Kebangsaan Kajian Sains Sosial, IRPA. Universiti Malaya. (ms: 294-311).
    Chan, N.W. 2000. Faktor paling signifikan terhadap keterukan subjektif impak banjir. Dlm Perbandaran dan perancangan persekitaran. Mohd Razali Agus & Fashbir Noor Sidin (pnyt). Kuala Lumpur: Utusan Pub. (ms. 249-261).
    De Roo, A., Odijk, M., Schmuck, G., Koster, E & Lucieer, A. 2001. Assesing the effects of land use changes on floods in the Meuse and Oder Catchment. Phys. Chem.Earth (B), 26, (7-8): 593-599.
    DID. 2000. Urban stormwater management manual for Malaysia. Kuala Lumpur: Department of Irrigation and Drainage. Malaysia.
    EPA. 1997. Urbanization and streams: studies of hydrologic impacts. Office of Water. Report No. 641-R-97-009. Washington.
    Elkie, P., Rempel, R., & Carr, A., 1999. Patch Analyst User’s Manual. Ontario Ministry of Natural Resources. Northwest Science and Technology, Thunder Bay, Ontario. TM-002. 16 pp + Appendix.
    JPS. 1999. Laporan banjir kilat di Lembangan Sungai Kelang Tahun 1999. Kuala Lumpur: Bahagian Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
    JPS. 2000. Laporan Banjir di Pahang Tahun 2000. Kuala Lumpur: Jabatan Pengairan dan Saliran.
    Lai, F.S. & Osman S. 1989. Rainfall interception, throughfall, stemflow in two acacia mangium stands in Kemasul, Pahang. IHP-UNESCO-FRIM Regional seminar on tropical forest hydrology, 4-9 Sept. 1989. Kuala Lumpur.
    Lazaro, T.R. 1990. Urban hydrology. A multidisciplinary perspective (Revised edition). Lancaster: Technomic Publishing Com Inc.
    Manokaran, N. 1979. Stemflow, throughfall and rainfall interception in a lowland tropical rainforest in Peninsular Malaysia, Malayan Forester, 42: 174-201.
    McKee, T.B., N.J. Doesken & J. Kleist. 1993. The relationship of drought frequency and duration to time scales. Preprints, 8th Conference on Applied Climatology, January 17–22, Anaheim, California. pp. 179–184.
    Noorazuan, M.H, 2001. Kajian aliran terendah luahan sungai dan hubungannya dengan sumber bekalan air Bukit Fraser, Pahang. Dlm. Fraser’s Hill: Physical, biological and socio-economic environments, A. Latiff, Zuriati Zakaria, Zaidi M. Isa, Kamaruddin Mat-Salleh, Noorazuan, M.H. & Laily B. Din (eds). Bangi. 287pp.
    Noorazuan, M.H. 2003. Banjir kilat dan saliran bandar: Isu dan cabaran pengurusannya di alaf baru. Dlm. Isu-isu pengurusan alam sekitar. Tuan Pah Rokiah & Hamidi, I. (pnyt) Sintok: Universiti Utara Malaysia. (ms. 95-112).
    Noorazuan M.H. & Siti Aisah Shamsudin. 2006. Penghutanan dan pemuliharaan bandar: Kesannya terhadap ciri-ciri hidrologi sungai di Lembangan Sankey, UK. Dlm Prosiding Persidangan Biologi Kebangsaan 2006, Rosnidar Mansor, et al. (pnyt), Tanjung Malim: Penerbit UPSI. (ms. 83-88).
    Noorazuan, M.H. & Shaharuddin Ahmad 2005. “Meneliti aspek kemarau dan implikasinya terhadap strategi pengurusan sumber air di Negeri Sembilan”. Prosiding Persidangan PPSPP-2. UKM Bangi (ms : 926-935).
    Noorazuan, M.H. & Asmala Hj Ahmad 2007. Tepubina bandar: Isu dan kaitannya dengan kesihatan ekosistem lembangan saliran. Jurnal Geografia. 4(1): 1-20.
    Norhafizah Bakri. 2006. Analisis perubahan magnitud dan kekerapan banjir di Sg. Lembing, Kuantan. Kertas Projek (Geografi). Tidak diterbitkan.
    Schueler, T. 1994. The importance of imperviousness. Watershed protection techniques. 1(3):100-111.
    Shaharuddin Ahmad. 2004. Trends and varibility of rainfall in Malaysia: A case of Kuala Lumpur and Kuantan, Pahang. Paper presented at the 3rd Annual Hawaai International Conference on Social Sciences, Honolulu, Hawaii. USA. 16-19 Jun 2004.
    Sulong, M, Kadaruddin, A & Noorazuan, M.H. 2005. Rejuvenating the Ghost town: The case of Sg Lembing, Kuantan, Pahang. Paper presented at Seminar Bulanan PPSPP. UKM Bangi. 16 November 2005.