KESESUAIAN PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM DI NEGERI SEMBILAN
List of Authors
  • Ng Sut Fui

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan kelas bercantum, cabaran dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum dan tahap kesesuaian “Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum” dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum di Negeri Sembilan. Kajian tinjauan deskriptif dijalankan dan borang soal selidik yang mengandungi 123 item dengan pengukuran berskala Likert merupakan instrumen utama. Analisis soal selidik bagi mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan kelas bercantum menunjukkan tahap yang tinggi, cabaran semasa melaksana pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum menunjukkan tahap yang tinggi serta tahap kesesuaian “Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum” dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum juga menunjukkan tahap yang tinggi, iaitu skor min yang dicapai adalah melebihi 3. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan, responden yang terlibat bersedia melaksanakan kelas bercantum dan “Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum” yang dibekalkan sesuai dalam membantu guru melaksana pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum tetapi mereka masih menghadapi cabaran dalam melaksana pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum.


Reference
  • No Data Recorded