Kajian tinjauan penggunaan jenis peranti dan status capaian internet terhadap kesediaan pelajar mengikuti PdPR semasa penularan pandemik Covid-19
List of Authors
Nur Farhana Shamsuddi , Nurfaradilla Mohamad Nasri
Keyword
jenis peranti, status capaian internet, kelancaran PdPR
Abstract
Kajian ini membincangkan pengaruh penggunaan jenis peranti dan status capaian internet terhadap kesediaan pelajar mengikuti PdPR. Aspek jenis peranti, jenis pakej internet dan peruntukan bulanan untuk membeli internet ditekankan dalam kajian ini. Populasi kajian ini adalah pelajar – pelajar yang mengikuti PdPR di sekitar Lembah Klang. Seramai 40 orang pelajar dipilih sebagai sampel dalam kajian ini yang merangkumi pelajar prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej atau universiti. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik digital sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar menggunakan alat peranti elektronik dan pakej internet yang minima bagi mengikuti PdPR mereka. Adalah diharapkan dapatan kajian ini memberi maklumat kepada guru bagi menyesuaikan kaedah pengajaran dengan kesediaan dan keadaan persekitaran para pelajar. Begitu juga diharapkan kajian ini memberi gambaran kepada kerajaan tentang situasi dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar dan guru bagi meneruskan PdPR.
Reference
1. Abidah, Azmil, Hasan Nuurul Hidaayatullaah, Roy Martin Simamora, Daliana Fehabutar dan Mutakinati. (2020). “The Impact of Covid-19 to Indonesian Education and Its Relation to the Philosophy of ‘Merdeka Belajar.’” Studies in Philosophy of Science and Education.
2. Aimi Liyana Sha´rani. (2021). Persepsi Guru Sekolah Terhadap Pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Aisyah Inani Mohd Saad, Azua Zaini & Ahmad Faiq Ramli. (2021). Kajian Pengintegrasian Teknologi Melalui Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dalam kalangan Pendidik Genius Negara
4. Bibi Noraini Mohd Yusof dan Jihan Ahmad. (2020). Are we prepared enough? A Case Study Of Challenges In Online Learning In A Private Higher Learning Institution During The Covid-19 Outbreaks. Advances in Social Sciences Research Journal -Vol.7, No.5
5. Gonzalez, T., M. A. de la Rubia, K. P. Hincz, M. Comas-Lopez, L. Subirats, S. Fort, and G. M. Sacha. (2020) “Influence of COVID-19 Confinement in Students Performance in Higher Education.”
6. Goyal, S. (2020). Impact of Coronavirus on Education in India. Losius Goliong, Ahsly Kasin, Marcelus Johnny dan Nazarius G. Yulip. (2020). Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh (PDPCJJ) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
7. Marni Izzati Kamaruddin. (2019). Perbezaan Tahap Pengetahuan, Penggunaan dan Penerimaan Guru Bahasa Melayu Berdasarkan Faktor Umur dan Pengalaman Mengajar Ketika Mengaplikasian Persekitaran PEmbelajaran Maya. Jurnal Dunia Pendidikan Bahasa Melayu. ISSn:2180-4842-Vol. 10 Bil. 2 (ov 2020) 15-28
8. Mohd Asyraf Mohd Farique & Mohd Aiman Mohd Fauzi. (2021). Implikasi Pandemik Covid-19 Terhadap Ekonomi Global dan Ekonomi Malaysia. DOI: 10.47548.ijistra.2021.32
9. Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahim Yusof, Hapini Awang. (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19
10. Norazah Umar, Jamal Othman, Rozita Kadar & Nurhafizah Ahmad. (2020). Covid-19 Merealisasikan Aplikasi Teknologi Dalam Pendidikan. ISBn:978-967-0841-88-5
11. Nur Akalili Mohd Amin & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Kajian Tinjauan Persepsi Murid Sekolah Menengah terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal dunia Pendidikan. o. 2, 344-361
12. Sinar Harian. Pelajar B40 Kerap Ketinggalan dalam Kelas Online. 25 Ogos 2021
13. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Internet survey 2020. http://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf. IUS. 2020
14. Tamilmullai Thannimalai dan Salini Baloh. (2021). Cabaran PdPR Bahasa Tamil di Sekolah Luar Bandar. MJSSH Online: Volume 5- Issue 2 (Aprl, 2021), Pages 183-190
15. Wu, Xiaogang. (2019). “Inequality and Social Stratification in Postsocialist China.” Annual Review of Sociology 45:363–82.