Pembangunan perindustrian dan impak terhadap ekonomi lokal di Dumai, Riau, Indonesia
List of Authors
  • Er, A.C. , Selvadurai, Sivapalan

Keyword
  • Pembangunan perindustrian, ekonomi lokal,kualiti persekitaran, kesejahteraan dan keselamatan

Abstract
  • Pembangunan perindustrian di Indonesia pada era autonomi daerah harus dapat menjawab segala tentangan globalisasi ekonomi dunia dan mampu menjangkakan perkembangan perubahan persekitaran. Makalah ini bertujuan menganalisis impak pembangunan perindustrian terhadap pembangunan ekonomi lokal pada era autonomi daerah Riau, Indonesia. Kajian lapangan dijalankan untuk mendapatkan pendapat pakar dari key informant di Dumai serta Pekan Baru di Riau, Indonesia. Pembangunan perindustrian mempunyai impak positif dan negatif. Pembangunan perindustrian pada era autonomi daerah lebih mementingkan aspek pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal manakala kualiti persekitaran tergugat. Justeru, pembangunan perindustrian mesti mengambilkira kepentingan persekitaran untuk kepentingan generasi hadapan. Kemorosotan kualiti persekitaran memberi impak terhadap kemorosotan kualiti hidup penduduk tempatan dan kualiti persekitaran. Oleh hal sedemikian, langkah-langkah perlu dilaksanakan demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan generasi masa akan datang.

Reference
  • Arif Budiman. 1991. State and Society in Indonesia. Monash paper on Southeast Asia. No. 22, m.s. 5-6.
    Dumai Dalam Angka 2007 Biro Pusat Statistik Dumai Indonesia.
    Dumai Dalam Angka 2008 Biro Pusat Statistik Dumai Indonesia.
    Gibbs. David. 2002. Local Economic Development and Environment. London &New York: Routledge.
    PDRB Bandar Dumai 2008, Bapeko Dumai.
    Publikasi “Pendapatan Regional Dumai Menurut Lapangan Usaha 2000-2008”, Bapeko RPJM Bandar Dumai 2008, Bapeko Dumai.
    Winarno Zain. 1986. Pokok Masalah dan Pemikiran Industrialisasi. Prisma No.1 Tahun ke XV. Jakarta. LP3S Oleh : Sudarmadji.
    http://beritasore.com/2010/02/08/dermaga-cpo-permudah-pencemaran-laut-dumai/ [26 Julai 2010].
    www.antaranews.com/berita/1277143505/ratusan-ikan-mati-akibat-limbah-cpo-di-perairandumai [26 Julai 2010].
    http://eksposnews.com/view/14/8249/Tumpahnya-CPO-di-Dumai-Karena-Kelalaian-MitraKerja-Pelindo-I.html [26 Julai 2010].
    http://www.riaumandiri.net/rm/index.phpoption=com_content&view=article&id=2009:perusahaancpo-diminta-perhatikanlimbah&catid=52:dumai&Itemid=59[27 Julai 2010].