Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling (GBK) Dalam Perkembangan Sosio Emosi Murid
List of Authors
  • Noor Azyyati Kadir

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kecerdasan emosi merupakan kemahiran penting bagi meningkatkan kompetensi seseorang kaunselor dalam perkembangan sosio emosi murid. Selain itu, intervensi kepimpinan kaunselor yang tinggi akan memberi kesan kepada perkembangan sosio emosi murid. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap perkembangan sosio emosi murid dan hubungannya dengan intervensi kepimpinan kaunselor dalam perkembangan sosio emosi pelajar Sekolah Menengah di Negeri Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan pendekatan kajian kes ke atas 182 orang kaunselor Sekolah Menengah di Negeri Selangor. Peserta kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan ke atas kaunselor sekolah yang telah berkhidmat selama 10 tahun ke atas dan pernah mengendalikan isu perkembangan sosio emosi murid sekolah serta murid. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat tema yang terhasil untuk menjawab objektif kajian termasuklah melaksanakan aktiviti khusus kepada murid. Kaunselor turut melaksanakan intervensi berkaitan hala tuju murid dan intervensi berbentuk pembinaan hubungan yang baik dengan semua pihak yang berkepentingan dengan murid. Akhir sekali, kaunselor dan murid juga melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Kajian ini memberi implikasi terhadap pelaksanaan intervensi perkembangan sosio emosi murid sekolah yang dapat dijadikan panduan oleh kaunselor.


Reference
  • No Data Recorded