Pembangunan modal insan merupakan teras utama bagi membentuk suatu masyarakat yang celik minda serta boleh bersaing seiring dengan matlamat Pembangunan Mampan yang telah digariskan oleh Bangsa- bangsa Bersatu 2030. Pada 2006, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan perdana menteri Malaysia telah menyuarakan kepentingan untuk membangunkan modal insan di Malaysia supaya memberi persediakan kepada lapisan masyarakat supaya mereka akan bersedia dengan sebarang perubahan dan pembangunan yang akan berlaku di masa akan datang. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis pembangunan modal insan di Malaysia. Objektif kajian adalah 1) mengenalpasti hala tuju sistem pendidikan dan teras pembangunan negara; 2) membincangkan dasar yang dibentuk untuk membangunankan modal insan di Malaysia dan 3) menganalisis cabaran yang wujud untuk membangunkan modal insan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana konten analisis dirujuk dari sumber sekunder. Dapatan kajian ini mendapati sistem pendidikan negara menyokong kepada Dasar Pembangunan Modal Insan di mana pendekatan yang dilaksanakan bermula dari peringkat sekolah rendah. Cabaran yang wujud dalam menghasilkan modal ini adalah kemajuan teknologi, persekitaran dan juga ideologi. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat untuk memastikan matlamat dasar ini tercapai dengan penyertaan, kerjasama dan komitmen dari semua pihak.