Perhubungan antara kreativiti figura dengan pencapaian akademik pelajar : satu tinjauan dalam kalangan pelajar tingkatan empat di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur
List of Authors
  • Singh, Soon Singh Bikar

Keyword
  • Kreativiti Figura, Pencapaian akademik, Jantina

Abstract
  • Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji perhubungan antara kreativiti figura dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur. Kaedah survei telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dari bulan Jun 2009 hingga April 2010. Data kajian dikumpul dengan menggunakan instrumen Torrance Test of Creativity Thinking (Form A) versi Bahasa Melayu. Responden kajian ini terdiri daripada 300 orang pelajar Tingkatan Empat yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak dari lima buahsekolah menengah yang terletak di empat zon pentadbiran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Enam puluh orang responden dipilih dari setiap sekolah. Purata umur responden ialah 16.2 (SP = 0.52). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Tingkatan Empat di Kuala Lumpur adalah lebih kreatif dalam komponen Kelancaran Figura diiikuti dengan Fleksibiliti Figura, Keaslian Figura dan Penghuraian Figura. Terdapat juga perbezaan yang singinifikan dalam tahap Kreativiti Figural antara jantina (t = 2.009, df = 298, k < .05). Pelajar lelaki lebih kreatif dalam komponen Kelancaran Figura (M = 19.41, SP = 6.02) dan Penghuraian Figura (M = 10.55, SP = 2.97). Manakala pelajar perempuan pula lebih kreatif dalam komponen Keaslian Figura (M = 15.69, SP = 5.34) dan Fleksibiliti Figura (M = 15.69, SP = 5.34). Akhir sekali dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang sangat kuat antara Kreativiti Figura dengan pencapaian akademik (r = .81 ; k < . 05).

Reference
  • Belen, P. T. 2003. An examination of relationship between fine arts experiences and creative thinking, self concept and academic achievement of Hispanic students in gred 3, 4 and 5 in selected South Texax School. (Doctoral dissertation, Texas Corpis Christi University, 2007). Dissertation Abstracts International, 65, 267.
    Fillippo, L. V. 2000. Gender differences in preschooler’s ability to interpret common metaphors. Journal of Creative Behavior, 25(1), 69-74.
    Idris Aman, Rosniah Mustaffa. 2006. Classroom discourge of malay language lesson. E-Bangi, Jilid 1 (1).
    Krish, P. Noraizah Ahmad Zabidi 2007. Teachers and new ict challenges. E-Bangi, Jilid 2 (2).
    Louis, M. E. 2005. Mathematical creativity and school mathematics: indicator of mathematical creativity in middle school students. Doctoral dissertation, University of Connecticut 2005). Dissertation Abstract International, 71, 341.
    Matud, M. P., Rodriguez, C. & Grande, J. 2007. Gender differences in creative thinking. Personality and Individual Differences, 43, 1137-1147.
    Michalko, M. 2006. Cracking creativity : the secrets of creative genius. California : Berkeley.
    Ming, L. L. 2000. Relationship among creativity, drawing ability and visual/spatial intelligence in elementry school children. (Doctoral dissertation, University of South Dakota, 2000). Dissertation Abstract International, 56, 345.
    Mohd Izham Mohd Hamzah. 2006. Pengurusan proses perubahan terancang di beberapa buah sekolah bestari di Malaysia. Disertasi doktor falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
    Nancy, D. S. 2000. Relationship between the academic achievement and the intelligence, creativity, motivation, and gender role identity of gifted children. Doctoral dissertation, University of Houstan, 2000. Dissertation Abstract International, 98, 2506.
    Noriko, S., Xiatao, F., Dusen, V., & Lani. 2001. A comparative study of creative thingking of American and Japanese college student. Journal of Creative Behavior, 35(1), 24-35.
    Ogletree, E. J. 2001. The comparative status of the creative thinking ability of Waldorf education students. Journal of Creative Behavior, 35(2), 124-135.
    Perangkaan Pendidikan Kuala Lumpur. 2009. Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1-24.
    Palaniappan, A. K. 2005. Creativity and academic achievement : a Malaysian perspective. Shah Alam : Karisma Publication.
    Palaniappan, A.K. 2007. Cultural influence on creativity and academic achievement. Kuala Lumpur : Karisma Publication.
    Robert, J. S. 2006. The nature of creativity. Creativity Research Journal, 18(1), 214-235.
    Stephen, K. R., Karnes, F. A., & Whonton, J. (2001). Gender differences in creativity among American Indian third and fourt grade student. Journal of American Indian Education, 40, 57-65.
    Torrance, E. P. 1974. Torrance Tests of Creative Thinking: Norms technical manual, Figural Forms A & B. Personnel Press.
    Torrance, E. P.1963. Creativity. Englewood Cliffs : Prentice Hall.
    Yong, M. S. 1989. A study of creativity and its correlates among form four pupils. Disertasi doktor falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
    Yoon, S. N. 2005. Comparing the intelligence and creativity scores of asian amarican gifted students with Caucasian gifted students, (Doctoral dissertation. Purdue University, 2005). Dissertation Abstract International, 59. 624.