FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DALAM MENGINTEGRASIKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PDPC
List of Authors
  • Darchinie Rani Ravendran

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Guru merupakan tulang belakang proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sikap guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap pengajaran dan kaedah serta konsep pembelajaran. Di abad 21 kini, peranan ICT dititikberatkan oleh pihak kementerian dalam memperkasakan proses PdPc. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengintegrasian ICT dalam proses PdPc seperti sikap guru, kelakuan guru, kecekapan penggunaan komputer, sokongan pentadbiran dan juga faktor demografi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana faktor-faktor tersebut mempengaruhi integrasi ICT dalam kalangan guru. Kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini terhadap 80 orang guru Matematik sekolah rendah di Ipoh sebagai responden kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan keputusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang dikaji iaitu sikap guru, kelakuan guru, kecekapan penggunaan komputer dan sokongan pentadbiran berada pada tahap min sederhana positif. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara kelakuan guru, kecekapan penggunaan komputer oleh guru matematik dan sokongan pentadbiran yang diterima ke arah sikap guru dalam pengintegrasian ICT. Pihak kementerian perlu melihat secara terperinci dari aspek demografi seperti jantina dan umur bagi membantu dan menggalakkan guru untuk mengintegrasikan ICT demi meningkatkan kualiti pendidikan negara kita.


Reference
  • No Data Recorded