Analisis tindak balas pelajar kursus reka bentuk pembelajaran teradun di MOOCs pada era sebelum dan semasa pandemik COVID-19
List of Authors
  • Muhammad Helmi Norman , Nuratiqa Kamarudin

Keyword
  • COVID-19, Tindak balas pelajar, MOOCs, Kursus Reka Bentuk Pembelajaran Teradun, Kaedah pembelajaran

Abstract
  • Pendidikan dan teknologi saling berkaitan seiring dengan perubahan zaman termasuklah pembelajaran dalam talian. Kursus dalam talian terbuka besar atau dikenali sebagai MOOCs (Massive Open Online Courses) adalah sebuah alternatif perkhidmatan pendidikan secara terbuka dan jarak jauh kepada pelajar secara percuma. Kajian lepas menyatakan bahawa kadar pelajar yang tidak menyelesaikan kursus adalah tinggi. Justeru itu, kajian ini berobjektifkan untuk menganalisis tindak balas pelajar dalam Kursus Reka Bentuk Pembelajaran Teradun pada era sebelum dan semasa tempoh pandemik COVID-19 dijalankan. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pembelajaran yang berkesan dan cara penyelesaian bagi isu pelajar tidak menyelesaikan Kursus Reka Bentuk Pembelajaran Teradun di MOOCs. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan 464 pelajar yang aktif daripada 1008 pelajar yang telah berdaftar sebagai pelajar Kursus Reka Bentuk Pembelajaran Teradun dan termasuklah 4 pelajar yang telah menyelesaikan kursus untuk ditemubual. Kajian ini menggunakan penyelidikan kualitatif melalui teknik analisis dokumen dan temu bual. Pengumpulan data pula berpandukan rekod pembelajaran pelajar bagi Kursus Reka Bentuk Pembelajaran Teradun yang disenaraikan di platform OpenLearning. Kajian ini dianalisis berdasarkan tinjauan deskriptif SPSS dengan menggunakan peratusan dan disokong dengan kenyataan pelajar yang ditemubual. Kesimpulannya, kajian ini mendapati kaedah pembelajaran yang berkesan adalah penggunaan video. Selain itu, antara penyelesaian bagi isu pelajar tidak menyelesaikan kursus termasuklah penambahbaikan fasiliti, kemahiran penyampaian maklumat secara dalam talian dan peluang galakan. Kajian ini berharap dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menghebahkan pembelajaran MOOCs kepada sekolah supaya dapat memberi nilai tambah kemahiran kendiri dan pengetahuan kepada pelajar dan pengajar selari dengan kehendak Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).

Reference
  • 1. Ariawan, I. Putu Wisna; Divayana, Dewa Gede Hendra. (2020). International Journal of Instruction, vol 13 (3). 679-698

    2. Bani Hidayat Mohd Shafie (2020). Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 2, No. 2, 213-221

    3. Daeyeoul Lee, Sunnie Lee Watson, and William R. Watson (2020). The Influence of Successful MOOC Learners’ SelfRegulated Learning Strategies, Self-Efficacy, and Task Value on Their Perceived Effectiveness of a Massive Open Online Course.International Review of Research in Open and Distributed Learning. Volume 21, Number 3.81-98

    4. Dimitra Theodosiadou, Angelos Konstantinidis, Christos Pappos, Nikos Papadopoulos and Eirini Marna (2017) Community of Inquiry Development in a Blended Learning Course for In-service Teachers Journal of Education and Practice Vol.8, No.2 page 62-66

    5. Ellis, R. A., & Bliuc, A.-M. (2016). An Exploration into first year university students’ approaches to inquiry and online learning technologies in blended environments. British Journal of Educational Technology, 47(5), 970-980.

    6. Ellis, R. A., & Bliuc, A.-M. (2019). Exploring new elements of the student approaches to learning framework: The Role of online. The Internet & Higher Education, 40, 12-19

    7. Gilly Salmon, Ekaterina Pechenkina, Anne-Marie Chase and Bella Ross (2017). Designing Massive Open Online Courses to take account of participant motivations and expectations.British Journal of Educational Technology. Vol 48 No 6.1284–1294

    8. Han, F., & Ellis, R. A. (2020a). Personalised learning networks in the university blended learning context. Comunicar, 62(1), 19-30.

    9. Han, F., & Ellis, R. A. (2021). Predicting Students’ Academic Performance by Their Online Learning Patterns in a Blended Course: To What Extent Is a Theory-driven Approach and a Data-driven Approach Consistent? Educational Technology & Society, 24 (1), 191-204

    10. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), (2021). Vaksin Covid-19. Diperoleh dari http://covid-19.moh.gov.my/

    11. Laman Sesawang OpenLearning (2021). Rekod Pembelajaran Kursus Reka Bentuk Pembelajaran Teradun. Diperoleh dari https://www.openlearning.com/

    12. Meina Zhu, Curtis J. Bonk & Min Young Doo (2020). Self directed Learning in MOOCs: Exploring the Relationships among Motivation, Self monitoring, and Self management. Education Tech Research Dev. 68. 2073–2093

    13. Munirah Salleh, Mohd Faisal Jamaludin, Noor Syaheeda Mohd Safie, Julia Mohd Yusof(2021). Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara dalam Talian Ketika PandemikCovid-19: Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan.Jurnal DuniaPendidikan Vol. 3, No. 1.374-384.

    14. Nor Aziah Abdul Aziz, & Mohd Taufik Hj Ahmed. (2016). E-Pembelajaran DalamPengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di IPG Kampus Ipoh. JurnalPenyelidikan Dedikasi, 11, 116–130

    15. Nur Amanina Haziqah Abdul Halim dan Nor Hafizah Adnan (2020). Implementasi Video Pengajaran Dalam Pembelajaran HTML Melalui Massive Open Online Courses (MOOCs). Jurnal Dunia Pendidikan. Vol. 2, No. 2, 205-212

    16. Olga Pilli and Wilfried Admiraal. (2017). Students' Learning Outcomes in Massive Open Online Courses (MOOCs): Some Suggestions for Course Design. Yüksekö¤retim Dergisi (Journal of Higher Education); 7(1). 46-71

    17. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (2021). Kes Covid di Malaysia. Diperoleh dari https://COVID-19.who.int/

    18. Phie Chyan. (2021). Perancangan Learning Management System Sebagai Pendukung Pembelajaran Jarak Jauh. RABIT : Jurnal Teknologi dan Sistem Informasi Univrab Volume 6 No. 1. 7-13

    19. Rajiv Mahajan, Piyush Gupta and Tejinder Singh (2019). Massive Open Online Courses: Concept and Implications. Indian Pediatrics, Volume 56. 486-495

    20. Robert Heinich, Michael Molenda, James D. Russell (1992). Instructional Media and the New Technologies of Instruction 4th Edition. Macmillan Coll Div

    21. Rosfazliszah Zahit, Nurul Shida Noni (2020). Keberkesanan Perbincangan Atas TalianDalam Penyediaan Rancangan Perniagaan Di Kalangan Pelajar Kejuruteraan.ANPJournal of Social Science and Humanities, Vol 1, No. 1.26-33

    22. Surya Ali Imron (2021). Rancang Bangun E-learning Mata Pelajaran Bahasa Inggris Kelas VII Berbasis Web. Seminar Nasional Teknologi Informasi dan Komunikasi-2021. 225-239

    23. Waleed Al-Rahmi, Ahmed Aldraiweesh, Noraffandy Yahaya, Yusri Bin Kamin & Akram M. Zeki (2019). Massive Open Online Courses (MOOCs): Data on Higher Education. Elsivier Journal, 118-125

    24. Wei Wanga, Lihuan Guob, Ling Hea and Yenchun Jim Wu (2019). Effects of social-interactive engagement on the dropout ratio in online learning: insights from MOOC. BEHAVIOUR & INFORMATION TECHNOLOGY. VOL. 38, NO. 6..621–636

    25. Wiratama Darmawan, Dedi Kuswandi and Henry Praherdhiono (2020). Pengaruh Blended Learing Berbasis Flipped Classroom pada Mata Pelajaran Prakarya Terhadap Hasil Belajar Siswa Kelas X SMK. Jurnal Kajian Teknologi Pendidikan. Volume 5, No 1, 170-179

    26. Yang Liu. (2021) Blended Learning of Management Courses Based on Learning Behaviour Analysis. International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET). Vol. 16, No. 09. page 150-1