Amalan Kepimpinan Digital Guru Besar: Kajian Tinjauan di Sekolah Rendah Zon Bangsar, Kuala Lumpur
List of Authors
  • Aida Hanim A. Hamid, Christina Thian Hui Ting

Keyword
  • Kepimpinan Digital, Guru Besar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sekolah Rendah

Abstract
  • Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mengubah landskap pengurusan sekolah yang menuntut guru besar mengamalkan kepimpinan digital yang berkesan. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan melalui dasar pendidikan negara, kajian lepas mendapati bahawa tahap amalan kepimpinan digital guru besar masih belum konsisten. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan digital guru besar di sekolah rendah Zon Bangsar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melibatkan 240 orang guru sebagai responden. Instrumen kajian diadaptasi daripada Principals Technology Leadership Assessment (PTLA) yang berasaskan Model National Educational Technology Standards for Administrators (NETS-A). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan digital guru besar secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi dengan domain kepimpinan berwawasan mendapat nilai min tertinggi manakala domain kecemerlangan amalan profesional memperoleh nilai min terendah. Kajian ini memberikan bukti empirikal berkaitan amalan kepimpinan digital guru besar serta memperkaya pemahaman terhadap peranan guru besar dalam menyokong pembangunan profesional guru dan pelaksanaan pendidikan digital di peringkat sekolah. Implikasi kajian ini ialah guru besar perlu diberikan sokongan dan latihan yang berfokus untuk meningkatkan keupayaan menggunakan TMK, menyokong pembangunan profesional digital guru dan mengukuhkan pelaksanaan digital di sekolah. Kesimpulannya, kajian ini menegaskan peranan penting guru besar sebagai pemimpin digital dalam menyokong pendidikan berasaskan TMK.

Reference
  • No References Recorded