Kesan Penglibatan Pelajar Universiti dalam Bidang Keusahawanan dan Persepsi Pelajar ke Atas Bantuan Universiti dalam Menjalankan Aktiviti Keusahawanan di Universiti Utara Malaysia
List of Authors
  • Sharifah Sofiah Syed Ibrahim

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini merupakan penyelidikan ke atas implikasi pelajar universiti yang menjalankan aktiviti keusahawanan di universiti  tempat mereka belajar dan  persepsi mereka ke atas bantuan yang diberikan oleh pihak universiti untuk menggiatkan kegiatan keusahawanan mereka.  Pelajar yang dipilih ialah mereka yang mendaftar perniagaan mereka di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia. 180 responden merupakan populasi yang diambil sebagai sampel kajian. Kajian adalah bentuk kuantitatif dengan mengunakan ukuran frekuensi dan min. Hasil kajian antaranya menunjukkan antara sebab pelajar berminat menjalankan perniagaan berskala  kecil adalah  kerana kenaikan kos sara hidup di universiti.  Terdapat juga faktor-faktor lain seperti dorongan keluarga, rakan dan pernah mengambil kursus keusahawanan. Kertas ini juga membincangkan persepsi pelajar peniaga ke atas bantuan yang diberikan oleh universiti untuk menggalakkan  mereka meneruskan perniagaan dan menambah kemahiran mereka untuk berniaga. Di cadangkan agar kursus keusahawanan dan perniagaan dibuka juga untuk pelajar universiti yang bukan dari bidang pengurusan perniagaan dan keusahawanan.  Ini merupakan salah satu kaedah universiti menyiapkan pilihan kerjaya kepada pelajar selepas mereka menyiapkan pengajian di universiti kelak.


Reference
  • No Data Recorded