Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru-Guru Dalam Melaksanakan Komuniti Pembelajaran Komuniti Secara Profesional (KPP)
List of Authors
Bibi Noraini Mohd Yusuf , Kamarudin Hussin, Noridah Yangman, Suhana Mohd Ishak
Keyword
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP), Analisa Dalam Talian Berasaskan Perisian AI Scopus dan Kepimpinan Pendidikan
Abstract
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) atau Profesional Learning Community (PLC) adalah satu aspek penting dalam memupuk kolaborasi pembelajaran dalam kalangan pendidik dan dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Namun, terdapat beberapa cabaran yang menghalang keberkesanan pelaksanaan KPP. Kajian ini bertujuan untuk menerokai cabaran yang dihadapi para pendidik dalam melaksanakan KPP ini melalui pendekatan Kajian Literatur Sistematik Scopus yang dipacu oleh AI. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisa cabaran utama yang dihadapi oleh para pendidik dalam menghadapi KPP. Sejumlah 34 jurnal scopus telah dianalisa secara sistematik menggunakan PRISMA 2020 daripada Scopus AI untuk mengenal pasti pola berulang, jurang perbezaan dan tema berkaitan pelaksanaan KPP. Analisa tematik ini mengenalpasti 6 cabaran utama dalam KPP: (1) Bebanan Kerja yang Berat dan Keterbatasan Masa, (2) Ketidakjelasan dan Salah Faham mengenai konsep KPP, (3) Halangan Budaya dan Hierarki, (4) Isu Peribadi dan Motivasi yang mempengaruhi keterlibatan pendidik. (5) Kekurangan Penghargaan dan Sokongan dan (6) Kekurangan dalam Fasilitasi dan Kepimpinan untuk mengekalkan keberkesanan KPP. Hasil penemuan kajian ini memberi sumbangan yang signifikan kepada wacana akademik dan pengubal dasar dengan menawarkan satu gabungan pemahaman tentang halangan sebenar yang dihadapi oleh guru dalam pendekatan KPP di dunia nyata. Selain dari itu, kajian ini juga memberi pandangan berharga untuk pemimpin pendidikan, pentadbir sekolah dan penggubal dasar pembelajaran dalam merancang model KPP yang lebih responsif, ada sokongan dan berlestari, selaras dengan realiti konteks perguruan.