Psikologi Islam : suatu pendekatan psikometrik remaja berisiko
List of Authors
  • Khaidzir Ismail , Khairil Anwar

Keyword
  • psikometrik, psikologi Islam, epistemologi, remaja berisiko dan mental-kognitif

Abstract
  • Secara teoritikal mahupun falsafah, psikologi Islam telahpun berkembang seiring dengan tuntutan Islamisasi ilmu. Namun untuk memperjuangkan psikologi Islam sebagai salah satu disiplin ilmu yang diakui, masih jauh dari kenyataan. Tentangan dan harapan ini memerlukan suatu paradigma dan epistemologi khas yang mengarah kepada konseptualisasi dan pengukuran (psikometrik). Dalam konteks sejarah pula, psikologi baru diakui sebagi suatu ilmu berasaskan verifikasi pengukuran kuantitatif, sebagaimana yang dipelopori oleh Wilhelm Wundt dengan strukturalismenya. Oleh itu artikel ini cuba menawarkan konsep epistemologi pengukuran dalam psikologi Islam dengan cara mentransformasikan ideologi, budaya dan sosial yang berasaskan Al-Qur‟an dan Hadits untuk membentuk konstruk dan indikator-indikator sesebuah pengukuran yang dibina menurut kaedah psikometrik yang sedia ada. Konsep mental-kognitif sebagai bentuk cara berfikir berteraskan Islam telahpun dibina dengan pendekatan tawaran epistemologi dimana pengukuran ini telah ditadbir kepada remaja bermasalah di pusat-pusat pemulihan seramai 472 orang pada bulan april 2009 di pusat pemulihan Terengganu, Kelantan, Melaka dan Perak, Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan tahap mental-kognitif remaja tersebut adalah pada tahap yang rendah. Manakala dari segi reliabiliti dan validiti memperlihatkan indeks yang baik. Diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada berkembangan pembinaan alat pengukuran dan modul-modul intervensi psikologi yang berteraskan Islam untuk remaja berisiko.

Reference
  • Abdul Halim Ramli. 2007. Memahami Islamisasi Ilmu dari pemikiran Prof. Ismail Ragi Al-Faruqi, Shah Alam: UiTM.
    Ajzen, Icek. 2005. Attitudes, personality and behavior, England: Open Unversiti Press.
    Al Attas, Syed Muhammad Naquib. 1995. Prolegomena to the metaphysics of Islam, an exposition of the fundamental elements of the worldview of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC.
    Al Faruqi, Ismail Ragi. 1991. Pengislaman ilmu, Terj.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Badri, Malik. 1980. Dilema ahli psikologi Islam : keadaan serba salah yang dihadapi oleh pakar ilmu jiwa Islam dialihbahasa dan disunting oleh Fadlullah Wilmot, Petaling Jaya: FAWI.
    Baharudin Ahmad. 2008. Falsafah sains dari perspektif Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Djamaluddin Ancok dan Fuat Nashori Suroso. 2008.Psikologi Islam; Solusi Islam atas problem-problem psikologi, Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
    Hidajat Nataatmajaya. 1983. membangun ilmu pengetahuan berlandaskan Ideologi al bayyinah. Bandung: Iqra'.
    http://pmr.penerangan.gov.my.
    Khaidzir Hj Ismail et al. 2010. Profil Psiko-Sosial dan Mental Kognitif Islam di Kalangan Remaja Berisiko: Satu Pembinaan Ke Arah Dinamika Islam Hadhari, Laporan Penyelidikan Institut Islam Hadhori Universiti Kebangsaan Malaysia, (tidak diterbitkan).
    Khaidzir Hj. Ismail & Khairil Anwar. 2009. Pengukuran variable psikologi Islam: Pembinaan mental-kognitif Islam, Psikologi Islam : Falsafah, Teori dan Aplikasi, Kuala Lumpur: Institut Islam Hadhari & iBook Publication.
    Khaidzir Hj. Ismail et al Ed.. 2009. Psikologi Islam : Falsafah, Teori dan Aplikasi, Kuala Lumpur: Institut Islam Hadhari & IBook Publication.
    Khairil Anwar & Khaidzir Hj. Ismail. 2009. Profil Mental-Kognitif Dan Psiko-Sosial Islam Di Kalangan Remaja Berisiko, prosiding International Seminar of Islamic though,Bangi: UKM.
    Khairil Anwar & Khaidzir Hj. Ismail. 2009. Tahap Mental-Kognitif Islam Dan Pengaruhnya Ke Atas Identiti Keagamaan Remaja Beresiko, Prosiding Persidangan Psikologi Malaysia 2009, Bangi: UKM.
    Mohd. Nasir Omar. 2005. Gagasan Islamisasi ilmu. Kuala Lumpur: Utusan publications & distributions Sdn.Bhd.
    Nik Aziz Nik Pa.1999.Potensi Intelek, Selangor dar Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Osman Bakar. 1998. Classificationn of knowledge in Islam. Cambridge: The Islamic Texs Society.
    Reed, Stephen K, 1999. Cognition ; Theory and aplication, USA: Thomson Learning.
    Sa'fi, Louay. 1996. The foundation of knowledge, Petaling Jaya: IIUM.
    Sardar, Ziauddin. 2000. Merombak pola fakir intelektual muslim, Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
    Sarlito Wirawan Sarwono. 2006. Psikologi remaja, Jakarta: PT.Raja Grafindo Persada: Jakarta.
    Siti Hajar Abu Bakar dan Abdul Hadi Zakaria. 2009. perlindungan kanak-kanak beresiko, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    Thoyibi, M & Ngemron, M. 2001. Psikologi Islam, Surakarta: Muhammadiyah Press.
    Wan Mohd. Nor Wan Daud. 1991. Penjelasan budaya ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Wan Mohd. Nor Wan Daud. 1998. The concept of knowledge in Islam and its implications for education in developing country, London: Mansell Publishing Limited.