Peralihan demografi dan kesejahteraan sosial masyarakat Melayu : suatu perbandingan antara Malaysia dan Kemboja
List of Authors
  • Asmah Ahmad , Rosniza Aznie Che Rose

Keyword
  • Peralihan demografi, kesejahteraan sosial, kadar kelahiran, kadar kematian, kadar kematian bayi

Abstract
  • Ciri kependudukan sesuatu masyarakat berkait rapat dengan tingkat kesejahteraan sosial yang dinikmatinya. Suatu aspek sifat kependudukan tersebut ialah tinggi rendahnya tingkat kesuburan dan kematian yang dialami. Tingkat pembangunan sebagai suatu ukuran kemajuan atau tingkat kesejahteraan pernah dikaitkan dengan ciri kependudukan sedemikian melalui hubungan songsang. Masyarakat yang bercirikan kadar kelahiran dan kematian rendah dilihat sebagai mempunyai tingkat pembangunan relatif tinggi, justeru kesejahteraan tinggi, berbanding masyarakat yang bercirikan kadar kelahiran dan kematian tinggi pula mempunyai pembangunan relatif rendah, justeru kesejahteraan juga rendah. Dengan berlatar belakangkan hujah sedemikian, makalah ini cuba merungkai keadaan kesejahteraan sosial penduduk Melayu Malaysia dan Kemboja dengan menyusuri prestasi evolusi peralihan demografi masing-masing melalui pembangunan kesihatan dan pelajaran, iaitu dua daripada komponen kesejahteraan sosial. Kedua-dua komponen kesejahteraan ini memainkan peranan unggul dalam mempengaruhi tingkat kelahiran dan kematian. Analisis daripada data sedia ada menunjukkan Malaysia berada di akhir peralihan demografinya dengan kadar kelahiran dan kematian rendah pada tahun 2000 (masing-masing 25 kelahiran dan 5 kematian per 1000 penduduk) sementara Kemboja masih berada di peringkat awal peralihan dengan kadar kelahiran dan kematian yang masih tinggi (34 kelahiran dan 11 kematian per 1000 penduduk). Kadar ini terjelma daripada tingkat kadar kematian bayi (IMR) yang rendah dan jangkaan hayat yang tinggi (indikator kesihatan relatif baik) di Malaysia, sebaliknya kadar kematian bayi yang tinggi dan jangkaan hayat yang rendah (indikator kesihatan relatif rendah) bagi Kemboja. Kesejahteraan yang lebih baik di Malaysia juga digambarkan melalui kadar celek huruf dan Keluaran Dalam Negara Kasar yang jauh lebih tinggi berbanding Kemboja. Kedua-dua indikator akhir ini mempengaruhi taraf kesihatan berbeza yang dialami Malaysia dan Kemboja.

Reference
  • Asmah Ahmad. 2009. Tingkat kesejahteraan sosial dari perspektif kesihatan di Rantau Asia Tenggara. Dlm. Nor Hasimah Jalaluddin et al. (pnyt.), Keselamatan insan nasional dan serantau: aspirasi dan realiti. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi. 421-436.
    Asmah Ahmad. 2010. The state of well-being in South East Asia at the turn of the new millennium and a decade after. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space, 6 Issue 1, 60-67.
    Central Intelligence Agency. 2000, 2006. 2010 The World Factbook, Cambodia. http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/cb.html.
    Central Intelligence Agency. 2000, 2006. 2010 The World Factbook, Malaysia. http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/my.html.
    Hussain, A., et al. 2006. Demographic transition in Asia and its consequences. Asia 2015: Promoting Growth, Ending Poverty. http:// www.asia 2015conference.org.
    Johnston, R. J. et al. 2000.The dictionary of human geography, Oxford: Blackwell Publishing Ltd.
    UNRISD. 1966. The level of living index. Report No. 4. United Nation Research Institute for Social Development, Geneva.
    van de Walle, E. 1982. Multilingual demographic dictionary. International Union for the Scientific Study of Population. Liege, Belgium: Ordina Edition.
    World Bank, 2006. World Bank development indicators. devdata.worldbank.org/wdi2006/contents/index2.htm.