Kesejahteraan hidup warga emas: persepsi warga emas terhadap penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Marang, Terengganu
List of Authors
  • Nik Norliati Fitri Md Nor , Nor Azila Salleh , Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid

Keyword
  • Penjagaan, warga emas, PAWE, peningkatan, kesejahteraan

Abstract
  • Populasi warga menua saban hari semakin meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Lazimnya, warga emas mempunyai keupayaan fizikal yang terbatas serta sering menghadapi kesukaran untuk menjaga dan mengurus diri mereka sendiri. Tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sudah tua menjadi satu cabaran besar buat anak-anak yang tidak mampu untuk menjaga ibu bapa mereka. Menyedari isu penuaan di Malaysia adalah perkara penting yang perlu diambil perhatian, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) telah digubal di negara ini pada tahun 1995 dan telah mendapat penambahbaikan pada 5 Januari 2011. Bertitik tolak daripada hal ini, Malaysia telah menubuhkan satu pusat aktiviti warga emas, khas untuk keluarga yang memerlukan penjagaan warga emas ketika mereka keluar bekerja. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Satu kajian telah dilakukan bagi melihat persepsi warga emas terhadap pusat aktiviti warga emas di salah sebuat PAWE di negeri Terengganu. Kajian persepsi warga emas ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana penubuhan PAWE, Marang membantu memberi kesejahteraan kepada golongan mereka. Di samping itu, kajian akan membincang tentang implikasi peningkatan warga emas di negeri ini. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik melalui kaedah pensampelan bertujuan (puposive sampling) yang melibatkan 100 orang responden yang merupakan komuniti berumur 60 tahun dan ke atas yang tinggal di daerah Kuala Terengganu dan daerah Marang, Terengganu. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa responden bersetuju PAWE Marang dapat mensejahterakan warga emas di samping dapat menjalani hidup yang lebih baik dan sejahtera. Kajian ini boleh dimanfaatkan pihak kerajaan dalam merangka dan menyusun strategi bagi membolehkan kesejahteraan hidup warga emas terjamin.

Reference
  • 1. Agnes Sombuling, Chua Bee Seok, Carmella E. Ading & Patricia Joseph Kimong. (2017). Tahap Daya Ingatan Warga Emas berdasarkan penglibatan dalam Aktiviti Sosial. Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017.
    2. Aishah@Eshah Haji Mohamed & Katiman Rostam (2012). Warga tua Melayu di pinggir wilayah metropolitan, Selangor: Pengalaman dan persepsi tentang diri. GEOGRAFIA, 8(6): 1-14.
    3. Arena Che Kalsim dan Syukriah Che Kassim (2001). Tanggungjawab anak terhadap warga tua menurut perspektif Islam.
    4. Asnarulhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad, Abd. Halin Hamid, Ma’rof Redzuan, Mohamad Bagat & Amna Md Noor, (2008). Sokongan sosial yang diharapkan dari famili oleh warga emas Malaysia. Malaysia Journal of Social Policy and Society, 5 144-156.
    5. Bilangan Penduduk Negeri Terengganu Mengikut Kumpulan Etnik. (2018). http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/bilangan-penduduk-negeri-terengganu mengikut-kumpulan-etnik/resource-/c40d8aaf-4147-48a7-ba86-86-a7843af6f1.
    6. Chua, Y.p. (2011), Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Megraw-Hill. Elni Baharuddin dan Zainab Ismail (2013). Hubungan kecerdasan rohaniah warga emas dengan amalan agama di rumah Kebajikan. Islammiyyat, 35 (1), 19-28.
    7. Fareez Azman. (2019) Purata hayat kaum lelaki di Malaysia hanya 73 tahun. Astro Awani. Dicapai pada 23 Oktober 2020 dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/purata-hayat-kaum-lelaki-di-malaysia-hanya-73-tahun-202357.
    8. Hao, L., Xu, X., Dupre, M.E. et al. Adequate access to healthcare and added life expectancy among older adults in China. BMC Geriatr 20, 129 (2020). https://doi.org/10.1186/s12877-020-01524-9.
    9. Horizon, (2017). Thailand Official Trade Newsletter. Dicapai pada 26 April 2021 dari http://2017.ditpthinkthailand.com/index.php/ms-my/industry/630-robotics-masa- depan-penjagaan-warga-tua.
    10. Jabatan Kebajikan Masyarakat. (1995). Dasar Warga emas Negara. Dicapai pada 24 Oktober 2020 dari https://pardocs.sinarproject.org/documents/2016-march-parliamentary- session/written-replies-soalan-bertulis/soalan-522.pdf.
    11. Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2011). Dasar Warga Emas Negara. Dicapai pada 24 Oktober 2020 dari https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Dasar/Dasar%20Warga%20Emas_2011.pdf.
    12. Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2021). Senarai Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Dicapai pada 14 Jun 2021 dari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal%2Fteams&cat=pawe&id=d21PdVdCTGpEVWJ3VTVSTjdQdWZldz09&ActivityCenter%5Bstate%5D=Terengganu&ActivityCenter%5Bdistrict%5D=.
    13. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas. Dimuat turun pada 26 mac 2022 daripada https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/1_Articles_By_Themes/Prices/HIES/HIS-Report/HIS-Malaysia-.pdf.
    14. Jabatan Perangkaan Terengganu. (2020). Statistik Penduduk Terengganu. Dicapai pada 23 Oktober 2020 dari https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_DOSM.TERENGGANU_1.2020_Siri-85.pdf.
    15. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Saiz Penduduk dan kadar Pertumbuhan Tahunan. Dicapai pada 23 Oktober 2020 dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=155&bul_id=OVByWjg5YkQ3MWFZRTN5bDJiaEVhZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09.
    16. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Anggaran Penduduk Semasa. Dicapai pada 23 Oktober 2020 dari https://makkalosai.com.my/2020/07/15/penduduk-malaysia-dianggarkan32-7-juta-pada2020/.
    17. Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat. (2016). Buku Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dicapai pada 24 Oktober 2020 dari https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Penerbitan/Buku%20Perangkaan/Perangkaan%202016.pdf.
    18. Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat. (2018). Dasar Warga Emas Negara. Dicapai pada 24 Oktober 2020 dari http://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/converted/6803/DasarWargaEmas1.pdf.
    19. Kementerian Kesihatan Malaysia (2008). Panduan Penjagaan Warga Emas. Dicapai pada http://www.infosihat.gov.my/media/garisPanduan/GP_Warga%20Emas/GP_PanduanPenjagaWargaEmas.pdf.
    20. Khadijah Alavi (2010). Pengalaman Penjagaan Ibu Bapa Tua Oleh Anak Dewasa: Satu Kajian Dalam Kalangan Penduduk Melayu Bandar Berpendapatan Rendah. Akademika, 78(1) : 77-87.
    21. Khadijah Alavi & Rahim M Sail, Khairuddin Idris, Asnarulkhadi Abu Samah & Christine Chan (2011). Keperluan Sokongan Emosional Dalam Kalangan Anak Dewasa yang Menjaga Warga emas. Jurnal e-Bangi 6 (1): 102-114.
    22. Mahani Ishak, Berita Harian. (2019). Dicapai pada 15 November 2020 dari https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/04/551621/bersenam-150-minit seminggu-kekal-sihat.
    23. Majlis Daerah Marang. Maklumat Taburan Penduduk Marang. Dicapai pada 24 Oktober 2020 dari http://www.mdmarang.gov.my/ms/rakyat/maklumat-taburan-penduduk.
    24. Nor hidayah Othman. (2021). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dicapai pada 13 Jun 2021 dari https://norhidayahothman.wordpress.com/piramid-makanan/.
    25. Nik Norliati Fitri Md Nor, Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, Suriati Ghazali (2021). Isu Kemiskinan dan Sokongan Sumber Kewangan dalam kalangan Warga emas: Kajian Kes di Pahang. Sains Humanika. Universiti Sains Malaysia.
    26. Noor Aziana dan Tey Nai Peng (2015). Kertas Kerja Persidangan Meja Bulat Realiti Masyarakat Menua: Punca dan Cabarannya di Malaysia. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia. Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur, 17 Mac.
    27. Noraida Ibrahim, Zarina Mat Saad & Fatimah Zailly Ahmad Ramly, (2014). Keberkesanan PAWE kepada tahap kesejahteraan hidup warga emas yang menjalani aktiviti di PAWE. Jurnal Pembangunan Sosial (Edisi Khas) Policy & Profesional Development : 87-100.
    28. Noraini Che’ Sharif, Khadijah Alavi, Ponnusamy Subramaniam & Zainah Ahmad Zamani. (2015). Pengalaman dan faktor pengabaian warga emas dalam komuniti. Jurnal of Sciences and Humanities, 10 (1), 118-134.
    29. Norisma AizaIsmail, Nurizan Yahya & Tengku Aizan Abd, Hamid (2008).Sokongan sosial di kalangan wanita miskin lewat usia. Malaysian Journal of Social Policy and Society, 5, 195-206.
    30. Nor Raudah Siren. (2015). Psikologi dan PenerimaanWarga Emas di Kompleks Warga Emas Al-Jenderami. Jurnal Usuluddin, 41 (Januari-Jun),73-93.
    31. Nur Syakiran Akmal Ismail, Kalthum Hassan, Norehan Abdullah & Shamzaeffa Samsudin. (2017). Malaysian Journal of Society and Space 13, 75-85.
    32. Plan Malaysia (2019). Rancangan Struktur Negeri Terengganu. Dicapai pada 23 Oktober 2020 dari https://www.planmalaysia.gov.my/rt/rsnt_terengganu2050/Draf%20RSNT%202050%20(Kajian%20Semula).pdf.
    33. Pressman SD & Cohen S. (2005). Does positive affect influence health? Psychol Bull. 131: 925–71.
    34. Rahimah Ibrahim, Norisma AizaIsmail, Siti Suhailah Abdullah & Nurhilmiyani Ismail (2015). Perkhidmatan Kesihatan dan Kesejahteraan Warga Emas, Kertas Kerja Persidangan Meja Bulat Realiti Masyarakat Menua: Punca dan Cabarannya di Malaysia. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia. Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur, 17 Mac.
    35. Rosfazila Abd. Rahman, Nor Hafizah Mohd Haridi, Norsaleha Salleh & Abdul Razif Zaini. (2018). Bentuk Metodologi Dakwah Warga Emas: Analisis Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jurnal Pengajian Islam,11 (1), 41-51.
    36. Saidatulakmal Mohd, Abdelhak Senadjki & Norma Mansor (2016): Trend of Poverty among Elderly: Evidence from Household Income Surveys, Journal of Poverty, DOI: 10.1080/10875549.2016.1186779.
    37. Sewdas, R., de Wind, A., van der Zwaan, L., van der Borg, W. E., Steenbeek, R., van der Beek, A. J., & Boot, C. (2017). Why older workers work beyond the retirement age: A Qualitative study. BMC public health, 17(1), 672. https://doi.org/10.1186/s12889-017-4675-z.
    38. Shrivastava SRBL, Shrivastava PS, Ramasamy J. Health care of elderly: Determinants, needs and services. Int J Prev Med. ;4:1224-5.
    39. Siti Farah Eliani Solleh, Sinar Harian (2020). Dicapai pada 15 November 2020 http://wwwgoogle.com/amp/s/wwwsinarharian.com.my/ampArticle/68768
    40. Suridah. (2016). Kualiti hidup pesara lelaki dan wanita Malaysia: Kajian kes di Besut, Terengganu. Malaysian Journal of Society and Space 12, 11-21.
    41. Thamil Chelvi & Suresh Kumar N Vellymay. (2017). Dorongan penempatan dan keselesaan diri warga di Rumah Seri Kenangan (RSK), Taiping, Perak. E-bangi Journal of Sciences and Humanities, 12(1), 90-109.
    42. Turconi G (2011) Healthy Aging: Nutritional Intervention to Improve and Extend Quality of Life among Older People. J Nutr Food Sci 1:e101.
    43. Usman Yaakob. (2001). Peranam Keluarga dalam penjagaan warga emas di Malaysia. Jaminan Sosial Warga emas. Petaling Jaya : Pretice Hall Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
    44. Vvkipedla. (2021). Penjagaan warga emas-Eldery care. Dicapai pada 5 Jun 2021 dari http://ms.vvkipedla.com./wiki/Eldery_care.
    45. Vvkipedla. (2021). Penjagaan jangka panjang-Long-term-care. Dicapai pada 5 Jun 2021 dari http://ms.vvkipedla.com./wiki/Long-term_care.
    46. Wikipedia. (2021). Kuala Terengganu. Dicapai pada 5 Jun 2021 dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Terengganu.
    47. White MS, Burns C, Conlon HA. The Impact of an Aging Population in the Workplace. Workplace Health & Safety. 2018;66(10):493-498. doi:10.1177/2165079917752191.
    48. World Health Organization (2008). Age-Friendly Primary Health Care Centre Toolkit. Dicapai pada 24 Oktober, 2020 dari http://www.who.int/ageing/punlications/AF_PHC_Centretoolkit.pdf.
    49. Yan, E., Chan, K.-L & Tiwari, A (2015). A Systematic Review of Prevalence and Risk Factors for Elder Abuse in Asia. Trauma, Violence & Abuse, 16(2), 199-219. doi:http://dx.doi.org/10.1177/1524838014555033.
    50. Zainab Ismail & Wan Ibrahim Wan Ahmad (2015). Sokongan Keluarga Terhadap Warga emas. Dlm Institusi Keluarga di Malaysia: Peranan dan Kualiti , disunting oleh Rika Fatimah & Abdul Aziz Jemain, hlm. 81-95. Bangi: Penerbit UKM.
    51. Zaitie Satibi. (2017). Kian ramai warga tua didera | Harian Metro. Retrieved March 17, 2018, from https://www.hmetro.com.my/sihat/2017/07/243481/kian-ramai-warga-tua-didera.