Ciri persekitaran hidrologi dan sedimentasi Sungai Telom, Cameron Highlands
List of Authors
  • Mohd Ekhwan Toriman , Noraini Wahida Abdullah

Keyword
  • permodelan sungai, hidraulik dan hidrologi, sedimen, simulasi, kalibrasi dan validasi

Abstract
  • Permodelan sungai memainkan peranan yang penting dalam meramalkan tindakbalas sungai terhadap perubahan yang berlaku, sama ada secara semulajadi atau buatan. Objektif kajian adalah menganalisis ciri hidraulik dan hidrologi serta mengkaji tren luahan sedimen yang masuk ke Sungai Telom, Cameron Highlands. Kajian bagi mengumpulkan data hidraulik dan hidrologi telah dijalankan pada 28 Oktober 2008 manakala persampelan sedimen dan air bagi mengkaji tren luahan sedimen di Sungai Telom telah dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada 28 Oktober dan 8 Februari 2009. Di dalam kajian ini, perisian1-D-Hidrodinamik XPSWMM telah dipilih dan digunakan bagi mensimulasikan aliran terus satu dimensi di Sungai Telom, Cameron Highlands. Proses kalibrasi dan validasi telah dilakukan bagi memastikan kejituan model. Permodelan hidraulik menunjukkan anggaran luahan penuh yang masuk ke Sungai Telom adalah pada link 7 iaitu 1.02 m3/s dan link 17 iaitu sebanyak 2.40 m3/s. Bagi melihat tren luahan sedimen pula, analisis sedimen telah dilakukan dan hasil kajian mendapati, anggaran muatan sedimen yang masuk ke Sungai Telom adalah tinggi iaitu kira-kira 172,324.56 kg/km²/tahun. Manakala peratusan sedimen menunjukkan bahawa pasir halus dan kasar lebih dominan di Sungai Telom.

Reference
  • Azazi Zakaria. 2007. Pengurusan sungai mapan: Dari perspektif kejuruteraan pengangkutan endapan dan keseimbangan sungai. hlm 1-2. http://www.redac.eng.usm.my/html/syarahan prof/sinopsis_AAG pdf.
    Felix Tongkul. 2000. Sedimentologi. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Jamaluddin Md. Jahi.1989. Pengantar geomoforlogi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Jamal Abdul Nasir. 2005. Permodelan sedimen di Sungai Semenyih menggunakan Perisian WASP 5. Fakulti Kejuruteraan Awam: Universiti Teknologi Malaysia:PSM (tidak diterbitkan).
    Kajian Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020 Cameron Highlands, Majlis Daerah Cameron Highlands.
    Mohd Khairul Amri Kamarudin, Mohd Ekhwan Toriman, Sharifah Mastura S.A. Mushrifah Hj. Idris, Nor Rohaizah Jamil & Muhammad Barzani Gasim, 2009. Temporal Variability on Lowland River Sediment Properties and Yield. American Journal of Environmental Sciences 5 (5): 657-663.
    Mohd Ekhwan Toriman, Md. Pauzi Abdullah, Mazlin Bin Mokhtar, Muhamad Barzani Gasim, Othman Karim. 2010. Surface erosion and sediment yields assessment from small ungauged catchment of Sungai Anak Bangi, Selangor.Malaysian Journal of Analytical Sciences.14 (1): 12-23.
    Othman Jaafar, Mohd Ekhwan Toriman, Mushrifah Hj Idris, Sharifah Mastura S.A, Muhammad Barzani Gasim, Pan Ia Lun, Pauzi Abdullah, Mohd Khairul Amri Kamaruddin & Nor Azlina Abdul Aziz. 2010. Modeling the impacts of Ringlet Reservoir on downstream hydraulic capacity of Bertam River using XPSWMM in Cameron Highlands. Research Journal of Applied Sciences. 5 (2): 47-53.
    Pettijohn, F.J.Potter, P.E & Siever, R.1972. Sand and sandstone. New York: Springer Strahler, An.1983. Terj. Geografi Fizikal. New York: John Wiley & Sons Inc.
    Tengku Anuar Tg. Dalam, Sharuddin Hj. Ahmad. 1986. Geografi Fizikal. Nurin Enterprise. Kuala Lumpur.
    Wan Ruslan Ismail.1994. Pengantar hidrologi. Kuala lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.