Migrasi keluar dan rebakan bandar: bukti di pinggiran wilayah metropolitan Lembah Klang, Malaysia
List of Authors
  • Katiman Rostam , Mohd Fuad Mat Jali

Keyword
  • Migrasi keluar, kawasan pinggiran wilayah metropolitan, zon teras, pembangunan hartanah dan rebakan bandar

Abstract
  • Migrasi keluar dari wilayah metropolitan ke kawasan pinggiran pada masa kebelakangan ini adalah suatu trend global. Dalam era globalisasi ekonomi wilayah metropolitan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Wilayah sedemikian telah menjadi fokus kepada pelaburan, khususnya pelabur asing langsung kerana kelebihan daya saingnya. Ketiadaan tanah yang sesuai untuk dimajukan di kawasan teras telah menyebabkan banyak firma pembuatan dan perkhidmatan menempatkan diri atau memindahkan aktiviti mereka ke kawasan pinggir wilayah metropolitan. Peningkatan penawaran peluang pekerjaan dan kawasan kediaman bandar yang baru telah menarik isi rumah termasuk mereka yang tinggal di zon teras, untuk berpindah ke kawasan yang baru membangun. Hal ini menggalakkan proses rebakan bandar di kawasan tersebut. Makalah ini bertujuan membincangkan pola migrasi penduduk yang tinggal di dalam dan sekitar Wilayah Metropolitan Lembah Klang serta hubungannya dengan rebakan bandar. Menggunakan data banci penduduk dan perumahan tahun 2000, juga data kaji selidik yang dilakukan secara rawak bersistematik terhadap isi rumah yang tinggal di daerah Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat, pola migrasi penduduk di wilayah tersebut dianalisis. Hasil analisis menunjukkan bahawa migrasi intraNegeri Selangor merupakan pola yang dominan (71 peratus) bagi tempoh 1996-2000. Bagaimana pun 41 peratus daripada penduduk yang berpindah keluar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, zon teras Wilayah Metropolitan Lembah Klang, bergerak menuju ke Negeri Selangor. Selanjutnya lebih 43 peratus migran yang berpindah ke kawasan pinggiran wilayah metropolitan tersebut berasal dari zon teras dan dalaman khususnya Bandaraya Kuala Lumpur, Klang dan Petaling. Kebanyakan migran terdiri daripada isi rumah yang berpendidikan, berpendapatan sederhana, mempunyai saiz keluarga agak besar, bekerja di kawasan sekitar 10 kilometer dari tempat kediaman dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Majoriti isi rumah berpindah kerana ingin memiliki hartanah atau rumah kediaman sendiri yang harganya dikatakan lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan di zon teras dan dalaman wilayah tersebut. Migrasi ini cenderung untuk menunjukkan bahawa aliran pergerakan keluar dari zon teras dan dalaman ke pinggir wilayah metropolitan sedang berlaku dan ini diikuti oleh proses rebakan bandar yang pesat. Pihak berkuasa negeri dan tempatan bagi kedua-dua kawasan asal dan destinasi di mana migrasi berlaku sewajarnya mengambil langkah proaktif untuk menangani isu tersebut.

Reference
  • Alberto. 2007. The concept of Urban Sprawl. What is it, exactly? http://www.socyberty.com/People/Urban-Sprawl.41248. [Diakses 10 Mac 2009].
    Chang, Myong-Hun & Harrington, J.E. 2000. Centralization vs. decentralization in multi-unit organization: a conceptual model of a retail chain as a multi-agent adaptive system. Management Science, 46 (11): 1427-1440.
    Drakakis-Smith, D. 2000. Third World Cities. London: Routledge.
    Erck, J.R.V. & Koomen, E. 2008. Characterizing urban concentration and land use diversity in simulations of future land use. The Annals of Regional Science: An International Journal of Urban, Regional and Environmental Research and Policy. 42 (1): 99-121.
    Frenkel, A. & Ashkenazi, M. 2008. The Integrated sprawl index: measuring the urban landscape in Israel. The Annals of Regional Science: An International Journal of Urban, Regional and Environmental Research and Policy.42 (1): 99-121.
    Gordon, P. & Richardson, H.W. (2000) Critiquing sprawl’s critics. Policy Analysis, 24: 1-18.
    Hugo, G. 1996. Urbanization in Indonesia: city-countryside linked. In Gugler, J. (pnyt.) The urban transforamatin in the developing world. Oxford: Oxford University Press.
    Jones, G. W. 1997. The throughgoing urbanization of East and South East Asia. Asia Pacific Viewpoint. 38 (3): 237-249.
    Jones, G.W., Chiang-Lung Tsay & Bhishna Bajracharya (2000). Demographic and employment change in the mega cities of Southeast and East Asia. Third World Planning Riview. 22 (1): 1-28.
    Katiman Rostam. 1997. Industrial expansion, employment changes and urbanization in the peri-urban areas of Klang-Langat Valley, Malaysia. Asian Profile, 25 (4): 306-315.
    Katiman Rostam. 2006. Migrasi ke Kawasan Pinggiran Lembah Klang. Akademika. 68: 3-27.
    Krugen, P. & Elizondo, R.L. 1996. Trade policy and the Third World metropolis. Journal of Development Economies 49: 137-150.
    Lee Boon Thong. 1996. Emerging urban trends and the globalizing economy in Malaysia. In Fu-Chen Lo & Yue-Man Yeung (pnytg.) Emerging world cities in Pacific Asia. Tokyo: United Nation University Press.
    Malaysia 2004. Mirgrasi dan Taburan Penduduk, Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.
    McGee, T. G. 1995. Metrofitting the emerging mega-urban regions of ASEAN: an overview. In McGee, T.G. & Robinson, Ira. (pnyt.) The mega-urban regions in Southeast Asia, policy challenges and responses. Vancouver: University of British Columbia Press.
    Miesckowski, P. & Mills, E.S. 1993. The causes of metropolitan suburbanization. Journal of Economic Perspectives, 7 (3): 135-147.
    Mills, E.S. 2003. Book review: Urban sprawl causes, consequences and policy responses. Regional Science and Urban Economics 33 (2003) 251–252.
    Nazrul Islam. 1996. Migrants in Dhaka Metropolitan Area. Urban Studies Programme. Dhaka: Dhaka University Press.