Pengukuhan kuasa politik Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap geopolitik Sarawak dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2021
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar

Keyword
  • Politik pembangunan, geopolitik, parti politik, pemikiran, pilihan raya

Abstract
  • Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) pada peringkat persekutuan merupakan parti penguasa di Negeri Sarawak sejak Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak yang pertama lagi. Parti politik ini berpengalaman memerintah Sarawak dengan membentuk pemikiran politik pembangunan dalam kalangan pengundi di negeri ini. PRU DUN Sarawak 2021 diadakan berikutan pembubaran DUN Sarawak pada 3 November 2021 setelah tertangguh sejak tamat tempoh penggal lima tahun (sehingga 7 Jun 2016) iaitu 6 Jun 2021 akibat pengisytiharan darurat oleh Kerajaan Persekutuan di seluruh negara yang berpunca daripada penularan wabak pandemik COVID-19. PRU DUN ini dapat melihat pengaruh GPS dalam persada geopolitik Sarawak dalam keadaan negara dan negeri ini masih dalam keadaan penularan wabak pandemik COVID-19. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengukuhan kuasa politik GPS terhadap geopolitik Sarawak dalam PRU DUN Sarawak 2021. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Sarawak 2021, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengukuhan sokongan pengundi kepada GPS disebabkan beberapa faktor iaitu pengalaman GPS memerintah Sarawak, kepimpinan GPS yang dikenali pengundi, manifesto pilihan raya GPS yang realistik, penerusan program pembangunan Sarawak, jentera pilihan raya GPS yang berpengalaman dan bersistematik, impak penularan wabak pandemik COVID-19, perpecahan undi parti pembangkang Sarawak dan penurunan peratusan pengundi bandar yang pro parti pembangkang. Oleh itu, pengukuhan politik GPS dalam geopolitik negeri Sarawak ini menunjukkan bahawa pentingnya pengalaman dalam memerintah serta mempunyai jentera parti yang tersusun bagi memenangi pilihan raya.

Reference
  • 1. Aeria A. (1997). The politics of development and the 1996 Sarawak state election. Jurnal Kajian Malaysia, 15 (1&2), 57-83.
    2. Abdul Taib Mahmud. (2000). Pemikiran Politik Pembangunan Mencapai Wawasan 2020 Cara Sarawak. Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, Kuching.
    3. Ahi Sarok. (2008). Landskap politik masyarakat Bidayuh pasca pilihan raya 2008: Satu analisis. Dlm: Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib, Abdul Kadir Rosline (eds). Prosiding Seminar Politik Malaysia: Landskap Politik Malaysia Pasca Pilihan Raya ke-12. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
    4. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman & Neilson Ilan Mersat. (1994). Dayakisme lawan politik pembangunan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 1991. Dlm. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman et al (eds). Politik Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Anthony Anak Tutong & Neilson Ilan Mersat. (2021). Politik penaungan dalam pilihanraya di Sarawak: Kajian kes di DUN N.34 Batang Ai semasa pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, Special Issue. 18(10)(2021), 143-156.
    6. Arnold Puyok. (2022). PRN Sarawak GPS Kekal Berkuasa. Dlm. Dewan Masyarakat. Bi. 2. Hlmn. 30-33.
    7. Awang Azman Awang Pawi. (2018). Budaya Harian Politik Sarawak. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    8. Awang Azman Awang Pawi & Suffian Mansor. (2019). Politik Bumiputera: Analisis kekalahan kerusi Parlimen BN Sarawak. Dlm. Zulkanain Abdul Rahman, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali. Pilihan Raya Umum Ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baharu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    9. Awang Azman Awang Pawi, Novel Anak Lyndon, Lucy Sebli Seidelson, Juna Liau, Sufian Mansor, Stanley Bye Kadam & Dick Lemang. (2021). Laporan Penyelidikan Sarawak Memilih 2021. Kerjasama Penyelidikan Universiti Malaya-Astro Awani. JMS, Vol. 4 Issue 1 (2021), 344-360.
    10. Hanapi Dollah. (2008). Politik Melanau: Pembangunan dan kemunduran. In: Ahmad Nidzam Sulaiman (ed). Prosiding Pilihan Raya dan Pembangunan Politik Sarawak. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    11. Hussain Mohamad. (1987). Membangun Demokrasi Pilihanraya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.
    12. Ismail Ali & Mosli Tarsat. (2009). Pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006. Dlm. Nidzam Sulaiman & Zaini Othman (eds). Pilihan Raya dan Pembangunan Politik Sarawak. Universiti Malaysia Sabah, Sabah.
    13. Jayum Jawan. (1987). The Sarawak State Election of 1987: The Dayakisme Factor. Kuala Lumpur: Jayum A. Jawan.
    14. Jeffrey Ngau Lenjau. (2011). Pengaruh faktor etnik dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011: Refleksi daripada Kawasan Pilihan Raya Telang Usan. Conference On Elections And Democracy In Malaysia 2011. Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. 9-10 November.
    15. Jeniri Amir. (2013). Politik Sarawak: Perspektif Penganalisis. Kota Samarahan: Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.
    16. Jin KK. (2010). The 2008 federal elections in Sarawak: A note. Round Table, 99(408), 267-279.
    17. Jufazli Shi Ahmad. (2016). Membina Empayar: Governan Abdul Taib Mahmud di Sarawak. Kuala Lumpur: Megamind Leadership Consultancy.
    18. Junaidi Awang Besar. (2021). Tergugatnya Hegemoni Politik Sarawak Dalam PRU-14. Dlm. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Nur Azuki Yusuff (Penyelenggara). Dinamika Politik Pilihan Raya di Malaysia dalam PRU-14, hlm. 443-470. Kota Bharu: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
    19. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Abdul Halim Sidek, Yahaya Ibrahim, Noor Aziah Hj. Mohd Awal & Khaidzir Hj. Ismail. (2009). Pembangunan dan pilihan parti politik: Kajian kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak. Persidangan International Conference Of Social Science And Humanity (ICOSH) 2009. Anjuran Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 2-3 Disember.
    20. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Khaidzir Hj. Ismail, Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Jeniri Amir & Ahi Sarok. (2011). Pola pengundian mengikut etnik dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 2011. Conference On Elections And Democracy In Malaysia 2011. Tempat dan anjuran Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak. 9-10 November.
    21. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Novel Lyndon, Khaidzir Hj. Ismail, Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Jeniri Amir, Ahi Sarok, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali. (2012). Kriteria pemilihan calon dan parti dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak. Geografia Online: Malaysia Journal of Society and Space, 8(4), 44-55.
    22. Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon & Mohd Azlan Abdullah. (2014). Politik pilihan raya dan partisipasi politik Orang Ulu di Negeri Sarawak. Geografia Online: Malaysia Journal of Society and Space, 10(5), 135-147.
    23. Junaidi Awang Besar, Mohd Faidz Mohd Zain & Novel Lyndon. (2015). Impak sosio-ekonomi dan politik persempadanan semula bahagian pilihan raya Negeri Sarawak. Geografia Online: Malaysia Journal of Society and Space, 11(4), 108-120.
    24. Malike Brahim. (2011). Konflik dalam Pendemokrasian Politik Sarawak. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
    25. Misliyana Menterang. (2003). Pengaruh pembangunan dan latar belakang sosioekonomi ke arah pembentukan tingkah laku pengundi: Tumpuan Daerah Betong dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 27 September 2001. Projek Sarjana. Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    26. Mohd Faisal Syam Abdol Haziz, Neilson Ilan Mersat & Ahi Sarok. (2002). Tingkah Laku Pengundian dalam Pilihan Raya Parlimen Sarawak. Unit Penerbitan Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan.
    27. Mohd Fuad Mat Jali. (2009). Parameter pemilihan calon dan parti dalam Pilihan Raya Sarawak. Dlm. Nidzam Sulaiman & Zaini Othman (eds). Pilihan Raya dan Pembangunan Politik Sarawak. Universiti Malaysia Sabah, Sabah.
    28. Mohd Hasbie Muda. (2013). Kemenangan yang Tertangguh. Petaling Jaya: Megamind Leadership Consultancy.
    29. Neilson Ilan Mersat & Noor’ ain Aini. (2008). Landskap politik Sarawak pasca pilihan raya umum ke-12: Plus Ca Change. Dlm: Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib, Abdul Kadir Rosline (eds). Prosiding Seminar Politik Malaysia: Landskap Politik Malaysia Pasca Pilihan Raya ke-12. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
    30. Neilson Ilan Mersat & Spencer Empading Sanggin. (2011). Demokrasi di Pinggiran. Kota Samarahan: Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.
    31. Ngu Ik Tien. (2018). The dynamic of Chinese votes in Sarawak in GE14. Francis Loh & Anil Netto. Regime Change in Malaysia: GE14 and the End of UMNO-BN’s 60-Year Rule. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.
    32. Nidzam Sulaiman. (2006). Pakatan Dalam Politik Sarawak. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    33. Suffian Mansor. (2016). Pakatan Politik Berasaskan Kaum: Kerelevanan Dan Kelangsungan Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak (1963-2016). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 43(2)(December 2016), 100-123.
    34. Suffian Mansor & Awang Azman Awang Pawi. (2019). Tembok pecah tapi belum roboh di Sarawak. Dlm. Zulkanain Abdul Rahman, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali. Pilihan Raya Umum Ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baharu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    35. Syaruddin Awang Ahmad. (2007). Isu dan taktik komunikasi dalam kempen pilihanraya DUN Sarawak. Dlm. Ahmad Nidzam Sulaiman. Prosiding Pilihanraya dan Pembangunan Politik Sarawak. Bangi; Universiti Kebangsaan Malaysia.
    36. Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif & Mohd Fuad Mat Jali. (2003). Pilihan Raya DUN Sarawak 2001: Satu analisis ekonomi politik. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 30, 23-41.
    37. Weiss, M.L & Arnold Puyok. (2017). The 2016 Sarawak State Election: Old stories and new punch lines. In. Weiss, M.L & Arnold Puyok. Electoral Dynamics in Sarawak: Contesting Developmentalism and Rights. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.
    38. Zaini Othman & Nidzam Sulaiman. (2009). Barisan Nasional Sarawak dan persoalan hegemoni politik: satu analisis. Dlm. Nidzam Sulaiman & Zaini Othman (eds). Pilihan Raya dan Pembangunan Politik Sarawak. Universiti Malaysia Sabah, Sabah.
    39. Zakry Abadi. (1990). Analisis Pilihanraya Umum ’90. Kuala Lumpur: MYZ Sendirian Berhad.