Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Tahun 1 di SJKC dari Perspektif Guru
List of Authors
  • Nurhidayah Mat Husin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meneroka permasalahan murid yang belajar di tahun satu di SJKC untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu berdasarkan perspektif guru. Reka bentuk kualitatif berdasarkan kajian kes telah dipilih sebagai kaedah dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada seramai tiga orang guru bahasa Melayu yang mengajar di tiga buah SJKC di daerah Hulu Perak. Temu bual telah digunakan sebagai alat utama untuk mengumpulkan data. Analisis transkripi temu bual telah menghasilkan tiga tema yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa murid-murid tahun satu yang belajar di SJKC mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu. Dapatan kajian juga telah mengenalpasti beberapa faktor yang mempengaruhi masalah tersebut iaitu sikap murid, persekitaran, dan ibu bapa. Pihak-pihak berkepentingan seperti guru, pentadbir sekolah, dan ibu bapa perlu memainkan peranan dan bekerjasama untuk membantu mengatasi masalah ini. Kesimpulannya, bagi mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran bahasa Melayu terus berlaku, semua pihak perlu bertindak untuk mengatasi masalah ini dengan segera


Reference
  • No Data Recorded