Pembangunan Tamadun Islam akan berulang?: meneliti novel remaja 1511h [Kombat] karya Faisal Tehrani
List of Authors

Keyword
  • Tteori perulangan sejarah, Ibn Khaldun, semangat kekitaan, tamadun Melayu/Islam, watak dan perwatakan

Abstract
  • Makalah ini menganalisis sebuah novel remaja berjudul 1511H (Kombat) karya Faisal Tehrani seorang penulis muda yang prolifik di negara ini. Karya- karya beliau banyak menyentuh tentang pentingnya kesedaran beragama oleh anak-anak muda sebagai asas kekuatan jati diri. Sebagai landasan menganalisis novel ini teori perulangan sejarah yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun lebih 600 tahun digunakan. Teori ini menjelaskan, dalam pembangunan tamadun sesebuah negara-bangsa akan mengalami jatuh bangun secara berulang-ulang akibat berlaku berbagai-bagai konflik. Bagi mengekalkan sesebuah tamadun bangsa itu agar tidak jatuh, Ibn Khaldun menyarankan supaya setiap bangsa memiliki semangat kekitaan yang teguh yang berlandaskan sifat berhemah tinggi, taat dalam melaksanakan kewajipan, menyanjung tinggi syariat agama dan adil mengurus dan mengambil berat. Kaedah penelitian yang digunakan ialah teknik bacaan rapi dan seterusnya menganalisis isi (content analysis) novel tersebut dengan mengaplikasikan empat ciri semangat kekitaan ke atas watak dan perwatakan, watak utamanya. Hasil analisis diharapkan boleh menjadi panduan kepada orang Melayu yang telah mengalami rentetan kejatuhan bermula zaman kesultanan Melaka, kemudian ditakluk di bawah penjajah silih berganti selama lebih 400 tahun dan setelah itu bangkit semula apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Setelah 52 tahun mencapai kemerdekaan, bibit kejatuhan agak terasa setelah negara melalui pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Adakah orang Melayu/Islam telah hilang semangat kekitaan seperti pandangan Ibn Khaldun dalam teorinya? Atau tamadun Melayu/Islam akan bangkit pada tahun 2083 Masihi dengan kembali semula mempunyai semangat kekitaan yang jitu seperti gambaran novel 1511H (Kombat)? Soalan inilah yang mengasas perbincangan ini.

Reference
  • Al Attas, Syed Hussein. 2000. Cita Sempurna Warisan Sejarah (Siri Syarahan Umum Bangi). Bangi: Penerbit UKM.
    Fagerlind & Saha. 1985. Education and National Development: Comparative Perspective. Oxford: Pergamon Press.
    Faisal Tehrani. 2003. 1511H [Kombat]. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
    Hasliza Hassan. 2007. Faisal berdakwah menerusi novel: Pemenang tiga anugerah utama DBP banyak ketengah isu babitkan ummah. Berita Harian, Khamis 4 Oktober.
    Ibn Khaldun. 1995. Mukadimah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Rahayu Mohd. Salleh. 2000. Faisal puas hasil menjadi. Metro Ahad, 29 Oktober.
    Shahnon Ahmad. 1977. Sastera Islam. Dewan Bahasa. 7: 426-427.
    Shahnon Ahmad. 1987. Polimik Sastera Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    S. Husin Ali. 1985. Masyarakat dan Pimpinan Kampung di Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
    Syed Muhammad Naguib Al-Attas. 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Wan Aliza Mgt Hussin. 2008. Nilai-nilai Islam dalam novel Advencer Si Peniup Nei dan Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani. Latihan Ilmiah untuk Sarjana Muda yang diajukan ke Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM. (Tidak diterbitkan).