Kurikulum asas kerja sosial di universiti awam ke arah melahirkan pekerja sosial yang kompetensi di Malaysia
List of Authors
  • Haris Abd Wahab , Nurzaimah Asalal

Keyword
  • Kurikulum Kerja Sosial, Pendidikan Kerja Sosial, Akta Kerja Sosial

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meneliti pendidikan kerja sosial yang disediakan oleh universiti awam di Malaysia. Penyediaan kurikulum yang mantap adalah perlu bagi profesion kerja sosial di Malaysia. Situasi ini berikutan setelah Akta Kerja Sosial dilaksanakan, adalah menjadi keperluan untuk melahirkan pekerja sosial yang berkemahiran dan bepengetahuan dalam praktis. Council on Social Work Education (CSWE) adalah salah satu badan yang mengawal selia kurikulum kerja sosial di negara barat. Oleh itu, sudah menjadi keperluan juga agar kurikulum kerja sosial di Malaysia merujuk badan berkenaan agar kurikulum kerja sosial di Malaysia selaras dengan negara barat yang setiap tahun melahirkan graduan yang kompetensi dalam praktis. Terdapat 10 kurikulum asas kerja sosial yang telah dikenal pasti iaitu kerja sosial sebagai profesional, prinsip etika kerja sosial, kepelbagaian klien, keadilan sosial dan ekonomi, berfikir secara kritis, tingkah laku manusia dan persekitaran, dasar dan kebajikan sosial, praktis kerja sosial, penyelidikan dan latihan industri. Instrumen kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan komponen-komponen piawaian kurikulum asas kerja sosial yang ditetapkan oleh CSWE. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan menggunakan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Kajian ini melibatkan seramai 279 pelajar tahun akhir yang dipilih secara bertujuan di enam buah universiti awam yang menawarkan program pendidikan kerja sosial di Malaysia. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 23. Maklumat penemuan kajian telah dibentangkan dalam bentuk taburan dan peratusan. Hasil kajian ini dapat memberi implikasi kepada kurikulum pendidikan kerja sosial yang lebih efektif bagi melahirkan pekerja sosial yang mempunyai kompetensi dalam menyampaikan perkhidmatan kerja sosial dan seterusnya meningkatkan profesion kerja sosial sebagai profesion yang professional di Malaysia.

Reference
  • 1. Abdul Razak & Ahmad Shukri. (2006). Praktikum dan Kerja Sosial: Ke Arah Piawaian Pembelajaran dan Pengajaran yang Berkualiti. Dalam Azlin Hilma, Fatimah Zailly, Rusimah dan Yusmarhaini. Isu-isu dan Pendidikan Kerja Sosial. (pp. 125-136). Sintok, Kedah : Penerbit Universiti Utara Malaysia.
    2. Abdul Razak Abd Manaf & Zakiyah Jamaludin. (2002). Kerja Sosial: Artikel-Artikel Pilihan. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
    3. AlpMa’seb, H., Aklhurinej, A. & Alduwaihi, M. (2013). The Gap Between Theory and Practice in Social Work. International Social Work 58(6) 819-830. From: http://journals.sagepub.com
    4. Amna Md Noor, Rozumah Baharuddin, Abdullah Al-Hadi Hj. Muhammed... Tan, J.P.. (2003). Sistem Sekolah dan Sosialisasi Pelajar. Serdang, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    5. Azlinda Sulaiman. (2017). Persediaan Pelajar Sebagai Pelatih Kerja Sosial. Prosiding PESAN 2017 (pp. 413-418).
    6. Buku Panduan Ijazah Sarjana Muda Fakulti Sastera dan Sains Sosial sesi 2015/2016, Universiti Malaya.
    7. Buku Panduan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial sesi 2014/2015, Universiti Sains Malaysia.
    8. Buku Panduan Buku Panduan Fakulti Sains Sosial Gunaan sesi 2017/2018, UNISZA
    9. Costello, S. & Taik, U. A. (2015). Developing Social Work Education in Myanmar. International Social Work 58(4) 1-13. From: https://www.researchgate.net/publication
    10. Ezarina Zakaria. (2006). Konsep Konflik Sosial: Satu Tinjauan untuk Kurikulum Kerja Sosial. Dalam Faizah Yunus. Khidmat Sosial Malaysia (pp.137-163). Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
    11. Fatimah Zailly & Noor Azizah. (2005). Pengenalan Kepada Polisi Sosial. Dalam Azlin Hilma, Fatimah Zailly, Rusimah dan Yusmarhaini. Polisi, Perundangan dan Amalan Kerja Sosial (pp. 3-13). Sintok, Kedah : Penerbit Universiti Utara Malaysia.
    12. Gary, H., Meenaghan, T., Anastas, J. & Metrey, G. (2002). Outcomes of Social Work Education: The Case for Social Work Self-Efficacy. Journal of Social Work Education, 38(1) 115 133. From: https://www.tandfonline.com/.
    13. Gelkopf, M., Ryan, P., Cotton, S. J., dan Begger, R. (2008). The Impact of “Training the Trainers” Course for Helping Tsunami-survivor Children on Sri Lankan Disaster Volunteer Workers. International Journal of Stress Management 15(2) 117-35. From:https://psycnet.apa.org/record/2008-05638-001
    14. Gursansky, D., & Le Sueur, E. (2011). Conceptualising field education in the twenty first century: Contradictions, challenges and opportunities. Social Work Education 31(7) 914–931. From: https://doi.org/10.1080/02615479.2011.595784.CrossRefGoogle Scholar
    15. Ketner, M., Cooper-Bolinkey, D., & VanCleave, D. (2017). The meaning and value of supervision in social work field education. Field Educator 7(2) 1–16. Retrieved from:http://fieldeducator.simmons.edu/article/the-meaning-and-value-of supervision-in-social-work-field-education/.
    16. Michelle, P. M. (2016). Cultural Competence in Social Work Practice: Exploring the Experiences of Recent MSW Graduates. (Dissertation Doctor of Education). Available from ProQuest Dissertation and Thesis database.
    17. Mohamad Zarifi & Taqwa. (2004). Petunjuk-Petunjuk Keadilan Sosial. Seminar Keadilan Sosial Oleh Institut Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama KETENGAH. From: http://www.myjurnal.my/public/article.
    18. Norul Huda, S., Ezarina, Z., Fauziah, I., Nur Saadah, M. A, Aizan, S.A. et al. (2017). Membina Konteks Profesional dan Efikasi Kendiri Pelajar Kerja Sosial: Cabaran Hubungan Pekerja Sosial-Klien Semasa Kerja Lapangan. Prosiding PESAN 2017 (pp. 384-394).
    19. Rusimah, Ahmad Syukri & Jusmawati. (2014). Pengantar Kerja Sosial (Edisi ke-10). Sintok, Kedah: Penerbit UUM Press.
    20. Sinnasamy, M. (2006). Human Resource Development on Social Work: a study of Malaysia. Working paper series, WP-2006-01-E. From: https://www.nfukushi.ac.jp/gp/coe/report/pdf/wp-kuno.pdf
    21. Teoh, A. H. & Fuziah, S. (2017). The Role of Social Work Education and Professionalization of Social Work in Malaysia: The Unfinished Mission. Prosiding PESAN 2017 (pp.368-374)
    22. Teasley, M. (2004). School Social Worker and Urban Education Reform with African American Children and Youth:Realities, Advocacy and Strategies for change. School Community Journal 14(2) 19-38. From: ProQuest Education Journals.
    23. Zastrow, C. (2000). Introduction to Social Work and Social Welfare. (7th ed.). New York : Wadsworth Publishing Company.
    24. Zastrow, C. (2004). Introduction to Social Work and Social Welfare. Belmont, CA: Brooks/Cole.
    25. Zastrow, C. (2017). Introduction to Social Work and Social Welfare: Empowering People. Boston, MA: Cengage Learning.
    26. Zakaria, S., Ahmad Munawar, I. & Noranizah, Y. (2012). Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition 155 172. From: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/article/view/12342