Ketersampaian masyarakat tani kepada pelaburan saham amanah
List of Authors
  • Zaimah Ramli

Keyword
  • Ketersampaian, Masyarakat tani, Pelaburan, Saham amanah

Abstract
  • Umum menyedari bahawa melabur dalam saham amanah merupakan suatu langkah bijak dalam usaha meningkatkan pendapatan. Persoalannya, apakah semua lapisan masyarakat di negara ini mempunyai ketersampaian kepada saham amanah tersebut, terutamanya mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah. Kajian ini menilai sejauhmana masyarakat desa, iaitu pesawah padi mempunyai ketersampaian terhadap saham amanah yang terdapat di negara ini. Kajian turut mengenalpasti faktor-faktor penggalak dan penghalang yang mempengaruhi ketersampaian mereka. Dapatan kajian mengesahkan bahawa, meskipun kebanyakan golongan petani ini mempunyai pengetahuan umum mengenai saham amanah, tetapi ketersampaian dan penglibatan mereka secara langsung dalam pelaburan tersebut adalah agak terbatas. Tarikan kadar dividen yang tinggi dikenalpasti sebagai faktor penggalak utama mereka menyertai saham amanah. Manakala, dua faktor utama yang menghalang mereka daripada terlibat dalam saham amanah ialah kekurangan pendapatan dan kurangnya pendedahan terhadap pelaburan saham amanah itu sendiri. Secara keseluruhannya, penglibatan pesawah-pesawah padi terbabit dalam saham amanah adalah amat rendah dan terbatas. Fenomena ini cukup jelas apabila kebanyakan mereka kurang berkemampuan untuk mempertahan dan meningkatkan nilai pelaburan mereka.

Reference
  • Ajetomobi, J. O. & Olagunju, F. I. 2000. Focus on informal system of saving –mobolization among small-scale farmers in Nigeria: survey findings. Journal of Financial Management & Analysis. Vol. 13 (2):49-53.
    Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh. 1998. Strategi pelaburan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    Braunstein, S. & Welch, C. 2002. Financial literacy: an overview of practice, research & policy. Federal Reserve Bulletin, Nov.:445-457.
    Davis, E.P. & Gilberth, J.G. 1995. Life course variables and financial satisfaction. Family economics and Resource Management Biennial, pg:161.
    Feldman, F.L. 1976. The family in today’s money world. New York: Family Service Association of America.
    Hilgert, M.A. & Hogarth, J.M. 2003. Household financial management: the connection between knowledge and behaviour. Federal Reserve Bulletin, July:309-322.
    Hogarth, J.M., Beverly, S. G. & Hilgert, M. 2003. Pattern of financial behaviour: implications for community educators and policymakers discussion draft-Feb.2003.
    Federal Reserve System Community Affairs Research Conference. (Atas talian: 25 Februari 2006). http://www. chicagoted.org/cedric/files/2003 conf_paper_session1_hogarth.pdf.
    Ismail Ibrahim. 1994. Pelaburan dalam pasaran sekuriti, hadapan dan opsyen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Janice E. 1999. Look who’s investing now. Black Enterprise Financial Survey.
    Jariah Masud. 1987. Pengurusan kewangan keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Kamarul Arifin. 1983. Matlamat penyertaan Bumiputera di dalam perniagaan dan perusahaan di dalam DEB: satu tafsiran semula. Dalam Jaafar Muhamad & Abd. Shukur Arifin (pnyt.). Kumpulan kertas kerja 3 UKM: Masalah dan Prospek Ekonomi Bumiputera, hlm. 75-95. UKM.
    Mahinder Santokh Singh. 1983. Peranan isi rumah dalam pengumpulan modal: pengalaman Malaysia dengan ASN. Journal of Malaysia Studies, USM. Jilid 1 (2): 49-68.
    Nickell, P., Rice, A.S. & Tucker, S. 1976. Management in family living. New York: John Wiley & Sons.
    So-hyun Joo & Grable, J.E. 2004. An exploratory framework of the determinants of financial satisfaction. Journal of Family and Issues, 25(1):25-50.
    Tanpa Pengarang. 2000. Saving to death: a study of group based and other saving arrangement in rural Chivi Distrct, Zimbabwe. (Atas talian: 5 Mac 2002) http://www.fao.org/sd/ppdirect /Ppre0071a.htm.