Makanan hantaran dalam perkahwinan Melayu Kelantan: adat dan interpretasi
List of Authors
  • Aishah@Eshah Mohamed , Haziyah Hussain , Sulong Mohamad

Keyword
  • Simbolisme makanan, perkahwinan Melayu, adat Melayu, makanan hantaran

Abstract
  • Dalam perkahwinan Melayu Kelantan, adat menuntut supaya pengantin lelaki dan wanita bertukar-tukar pemberian pada hari perkahwinan. Pemberian ini dinamakan hantaran dan selalunya dalam bentuk barang keperluan peribadi kedua-dua pengantin (seperti baju, alat persolekan, barang kemas) dan makanan. Makalah ini meninjau perkara yang bersangkutan dengan adat dan makna makanan hantaran dalam upacara perkahwinan Melayu Kelantan dengan memberi perhatian kepada tingkah laku dan item-item simbolik yang berkaitan dengan makanan. Perbincangan ini diasaskan kepada kajian yang dilakukan di Kelantan. Orang Melayu Kelantan masih mengamalkan adat memberi makanan sebagai sebahagian daripada bahan hantaran perkahwinan mereka. Jumlah bahan hantaran ini mestilah dalam angka ganjil. Makanan yang menjadi hantaran terdiri daripada nasi pulut dan telur semangat, sirih junjung, buah-buahan, kueh muih dan lauk paut (hanya daripada pihak pengantin perempuan). Makanan itu diletakkan di atas pahar (iaitu talam berkaki yang dibuat daripada gangsa atau tembaga) dan dihias cantik mengikut kemampuan keluarga pengatin. Kepentingan dan makna makanan hantaran ini dibincangkan dengan detail dalam artikel ini.

Reference
  • De Garine, I. l972. The Socio-Cultural Aspects of Nutrition. Ecology of Food and Nutrition 1: 143- 163.
    Douglas, M. l966. Purity and Danger: An Analysis of Concepts of Pollution and Taboo. London: Routledge & Kegan Paul.
    Douglas, M. l975. Implicit Meanings: Essays in Anthropology. London: Routledge & Kegan Paul.
    Douglas, M. 1973. Rules and Meanings: The Anthropology of Everyday Knowledge. Suffolk: Penguin Books.
    Douglas, M. l972. Deciphering a Meal. DAEDALUS: Journal of the American Academy of Arts and Science Winter: 61-81.
    Dumont, L. 1974. Homo Hierarchicus: The Caste System and its Implications. Chicago: University of Chicago Press.
    Endicott, K. M. 1981. An Analysis of Malay Magic. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
    Farb, P. & G.Armelagos. l980. Consuming Passions: The Anthropology of Eating. New York: Washington Square Press.
    Firth, R. l966 . Housekeeping Among Malay Peasants. London: Athlone Press.
    Firth, R. 1973. Symbols: Public and Private. Ithaca: Cornell University Press.
    Foster, G.M. & B.G. Anderson.1978. Medical Anthropology. New York: John Wiley & Sons.
    Geertz, C.1973. The Interpretation of Culture. New York: Basic Books.
    Laderman, C. 1981. Symbolic and Empirical Reality: A New Approach to the Analysis of Food Avoidance. American Ethnologist 8: 3.
    Laderman, C. l984. Food Ideology and Eating Behavior: Contributions from Malay Studies. Social Science & Medicine l9: 5.
    Levi-Strauss, C. 1965. The Culinary Triangle. Partisan Review 33.
    Levi-Strauss, C. 1964. The Raw and The Cooked. London: Jonathan Cape.
    Mauss, M. 1967. The Gift. London: Cohen & West.
    Richards, A.I. l932. Hunger and Work in a Savage Tribe: A Functional Study of Nutrition Among the Southern Bantu. London: George Routledge & Sons.
    Richards, A.I. l939. Land, Labour and Diet in Northern Rhodesia: An Economic Study of the Bemba Tribe. London: The Oxford University Press.
    Rooney, D.F. 1993. Betel Chewing Traditions in South-East Asia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
    Yalman, N., 1969. On the meaning of food offering in Ceylon. Dlm. R.F.Spencer. (Pnyt.) Forms of symbolic action. Seattle: University of Washington Press.
    Young, M.W. 1971. Fighting with food. Cambridge: Cambridge University Press.