Isu pemilikan hartanah oleh orang-orang pulau di kawasan darat Mersing: kajian kes di Kampung Sri Bahagia, Mersing Johor
List of Authors
  • Azima Abdul Manaf , Mohd Samsudin , Suhana Saad

Keyword
  • hak milik tanah,penyewa tanah dan penyewa rumah

Abstract
  • Penghijrahan masyarakat pulau ke kawasan darat Mersing dikatakan lebih terdorong untuk mencari kehidupan yang lebih terbuka di samping berusaha mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik terhadap anak-anak mereka. Kajian telah dijalankan dikalangan orang-orang pulau yang tinggal di Kampung Sri Bahagia Mersing. Penelitian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik temubual secara mendalam dengan orang-orang pulau yang terlibat dengan penyewaan tanah atau rumah di Kampung Sri Bahagia. Analisis mendapati majoriti mereka merupakan penyewa tanah mahupun penyewa rumah di kawasan kajian. Justeru itu, fokus kajian lebih menumpu kepada isu yang dihadapi oleh penduduk pulau dalam usaha untuk memiliki hartanah di kawasan darat Mersing. Hasil kajian mendapati orang-orang pulau di kawasan darat berdepan dengan beberapa isu pemilikan hartanah. Antara isu yang dihadapi oleh penduduk pulau termasuklah perjanjian dalam bentuk kontrak yang kurang jelas antara pemilik dan penyewa serta pemilik tidak mempunyai surat hak milik yang jelas setelah tanah dibeli. Fenomena ini jika dibiarkan berlanjutan akan memberi kesan terhadap proses pembangunan pada masa depan. Sehubungan itu, artikel ini juga turut mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak yang bertanggungjawab di kawasan kajian. Antaranya termasuklah pemantauan terhadap proses jual beli dan syarat perjanjian penyewaan tanah atau rumah di kampung Sri Bahagia.

Reference
  • Azima Abdul Manaf, Mohd Samsuddin & Mustaffa Omar. 2011. Kesan Pewartaan Taman Laut Ke Atas Penduduk Pulau Tinggi, Mersing, Johor. Journal of Tropical Marine Ecosystem. 1(1): 35-43.
    Azima Abdul Manaf, Mohd Samsuddin dan Mustafa Omar. Pewartaan Taman Laut : Peluang Atau Kesusahan Penduduk Pulau. Kertas kerja Seminar Penyelidikan Di Pantai Timur Johor 2009: Mersing warisan terpelihara. Hotel Sri Malaysia, Mersing Johor. 27-29 Mac 2009 (Tidak diterbitkan).
    Azima Manaf dan Ismail Omar. 2005. Improving Idle Land Management in Malaysia – An Institutional Framework for Analysis, 1st. Real Estate Educators and Researchers Conference, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, 26-27th. September. (Tidak diterbitkan).
    Ball M. Lizieri C. MacGregor B.D. 1998. The economics of commercial property marker. London: Routledge Gore and Nicholson, D.J. 1991. Model of the land development process:a critical review. Enviroment and Planning. 22: 705 – 730.
    Healey P. 1992. The reorganisation of state and market in planning. Journal Urban Studies. Vol 29 (3 and 4): 411 – 434.
    Hodgson, G. M. 1998. The approach of institutional economic. Journal of Economic Literature, Vol. 36(2): 166-192.
    Mustaffa Omar, Marsitah Mohd Radzi, Mohd Nasir Selamat, Azima Abdul Manaf, Mohd. Shamsudin & Nor Jana Saim.2011. Faktor Penentu dan Implikasi Fenomena Depopulasi Komuniti. Journal of Tropical Marine Ecosystem. 1(1): 22-34.
    Van der Krabben, Erwin. 1995. Urban dynamic: A real estate perspective: an institutional analysis of production of the build environment. Center for economic Research, Tilburg University.
    Wiltshaw D.G. 1988. Pedagogic Comment and the Supply of Land for a particular user. Journal Urban Studies. Vol. 25(3): 439-447.