Penganggaran kadar hakisan tanih jangka pendek dan jangka panjang menggunakan teknik radionuklid
List of Authors
  • Mokhtar Jaafar

Keyword
  • Hakisan Tanih Jangka Pendek, Hakisan Tanih Jangka Panjang, Teknik Radionuklid, 7Be, 137Cs

Abstract
  • Teknik radionuklid 7Be telah digunakan untuk menganggarkan kadar hakisan tanih jangka pendek manakala 137Cs pula untuk jangka panjang, di Ladang Dalwood, Devon, England. Persampelan tanih secara transek dilakukan pada awal musim hujan (November 2004) bagi pengukuran hakisan tanih jangka panjang, manakala persampelan tanih bagi pengukuran jangka pendek pula adalah pada Januari 2005. Hasilnya menunjukkan kadar bersih hakisan tanih jangka panjang adalah 3.4 t ha-1 thn-1 manakala bagi jangka pendek pula adalah 24.2 t ha-1. Ini membuktikan berlaku pemindahan sedimen daripada ladang jagung tersebut ke sistem saliran berdekatan. Nisbah penghasilan sedimen pula menunjukkan peratusan sebanyak 77% bagi tempoh jangka pendek dan 33% bagi tempoh jangka panjang. Secara bandingan, kadar hakisan daripada sesuatu kejadian hujan semasa adalah tinggi dan lebih banyak sedimen diangkut keluar daripada ladang tersebut manakala kadar hakisan bagi tempoh lebih kurang 30 tahun adalah sederhana dan proses pemendapan sedimen berlaku di sepanjang cerun. Kajian ini membuktikan amalan membiarkan permukaan tanih di ladang jagung tanpa pendekatan mesra alam telah meningkatkan kadar hakisan dan penghasilan sedimen di dalam sistem saliran berdekatan.

Reference
  • Blake, W.H., Walling, D.E. & He, Q. (1999). Fallout beryllium-7 as a tracer in soil erosion investigations. Applied Radiation and Isotopes. 51: 599-605.
    Mokhtar Jaafar. (2007). Penggunaan radionuklid 137Cs dalam kajian hakisan tanih jangka panjang. e-BANGI, 2(2): 17.
    Walling, D.E. & Quine, T.A. (1991). The use of caesium-137 measurements to investigate soil erosion on arable fields in the UK: Potential applications and limitations. Journal of Soil Science. 42: 147-165.
    Walling, D.E., He, Q., & Blake, W.H. (1999). Use of 7Be and 137Cs measurements to document short- and medium-term rates of water-induced soil erosion on agricultural land. Water Resources Research. 35: 3865-3874.
    Walling, D.E. (2002. Recent advances in the use of environmental radionuclides in soil erosion investigations. Dlm. Nuclear techniques in integrated plant nutrient, water and soil management. IAEA-CSP-11P. Vienna: IAEA. 279-301.
    Zapata, F., Garcia-Agudo, E., Ritchie, J.C. & Appleby, P.G. (2002). Handbook for the assessment of soil erosion and sedimentation using environmental radionuclides. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.
    Zapata, F. (2003). The use of environmental radionuclides as tracers in soil erosion and sedimentation investigations: Recent advances and future developments. Soil & Tillage Research. 69: 3-13.