Kepentingan Bahasa Melayu dalam Memperkukuhkan Identiti Kebangsaan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta
List of Authors
Norul Huda Mohd Ghazali, Sharliana Che Ani, Sharmelaa Mahindran
Keyword
Pengajian Bahasa Melayu, identiti kebangsaan, masyarakat berbilang kaum, kemahiran bahasa, sejarah dan budaya
Abstract
Kajian ini meneliti kepentingan pengajian Bahasa Melayu dalam memperkukuhkan identiti kebangsaan dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta. Bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, berperanan penting dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum dan dalam membentuk identiti kebangsaan. Menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini mengumpul data melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi swasta terpilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengajian Bahasa Melayu bukan sahaja meningkatkan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar tetapi juga memperkukuhkan rasa bangga terhadap identiti kebangsaan mereka. Pelajar menyatakan bahawa pembelajaran Bahasa Melayu membantu mereka menghargai sejarah, budaya, dan nilai-nilai kebangsaan Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar pengajian Bahasa Melayu diperkasakan dan diberi penekanan lebih dalam kurikulum universiti bagi menyokong usaha pembinaan dan pengukuhan identiti kebangsaan dalam kalangan generasi muda.