Analisis trend pengundian berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang, Perak
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar , Mohd Fuad Mat Jali

Keyword
  • pungutan suara, perlembagaan, Institusi Raja, pembangunan, kriteria calon

Abstract
  • Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang 2009 diadakan pada 7 April 2009 kerana kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS. Pilihan raya ini dikatakan dapat dijadikan pungutan suara rakyat sama ada menerima atau sebaliknya terhadap penubuhan kerajaan baru Negeri Perak dibawah pemerintahan BN. Hasil kajian menunjukkan hampir 100 peratus responden etnik Melayu, Cina dan India menjadikan televisyen sebagai sumber utama maklumat politik mereka. Dari segi kriteria calon pula, 72.1 peratus responden Cina menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat berbanding Melayu (67.9 peratus) dan India (47.9 peratus). 78.7 peratus responden Melayu, 81.6 peratus Cina dan 48.9 peratus responden India bersetuju bahawa mereka tidak merestui wakil rakyat mereka berhenti dan melompat parti. Persoalan mengenai krisis perlembagaan negeri Perak memperlihatkan responden Melayu lebih cenderung menyokong Institusi Raja dan sebaliknya bagi responden Cina dan India. Merujuk kepada jangkaan kemenangan parti, 27.0 peratus responden Melayu, 34.2 peratus Cina dan 57.3 peratus India menyatakan PAS akan menang berbanding dengan 45.5 peratus responden Melayu, 35.5 peratus (Cina) dan 20.8 peratus (India) menjangkakan BN akan menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tersebut. Ketiga-tiga kaum bersetuju Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak akan dapat menerajui pembangunan negara dengan lebih inovatif dan progresif.

Reference
  • Ibrahim Abu Shah, Shireen Haron, Norshidah Nordin, Shaharuddin Badaruddin, Mat Zin Mat Kib, Yadman Sarwan, S. Salahuddin Suyurno, Zulkifli Dahalan, Mujibu Muis & Shu’aibi Zainal Abidin. 2009a. Isu Dan Tingkah Laku Semasa Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Dlm Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline. Prosiding seminar politik Malaysia: Landskap politik Malaysia pasca pilihan raya ke-12. Sabah: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
    Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Pasir, Kelantan 2006: Petanda BN Menguasai Kelantan. Dlm. Stanislaus Sandarupa. Prosiding Seminar Bersama Universiti Hasanuddin dan Universitas Kebangsaan Malaysia. Kemelayuan Indonesia dan Malaysia. Makasar: Universitas Hasanuddin, Indonesia.
    Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. 2009 Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (P36) Januari 2009: Satu Pungutan Pendapat Awam Pra-Pilihan Raya. Prosiding Seminar Bersama Universiti Hasanuddin dan Universitas Kebangsaan Malaysia (SERUMPUN) IV. Penelitian Dunia Melayu Malaysia-Indonesia Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad. 2002. Pendahuluan. Dlm Mohd Yusof Kasim Azlan Ahmad. Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum. Bangi:Penerbit UKM.
    Pemerhatian di Lapangan (DUN Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong), April 2009. Rahman Shaari. 2009. Tingkah politik. Shah Alam: Buku Prima Sdn Bhd.
    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Helaian Mata/Score Sheet Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 2009.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1955. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1959. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1964. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1969. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1974. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1978. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1982. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1986. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1990. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1995. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 1999. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 2004. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Suruhanjaya Pilihan Raya, Laporan Pilihan Raya Umum 2008. Kuala Lumpur, Malaysia.
    Vasil, R. K. 1971. Politics in plural society: a study of non-communal political parties in West Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
    Zulkanain Abdul Rahman, Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifude Ghazali, Shaharuddin Badaruddin & Md. Rozimi Md Nasir. 2009. Persoalan Dan Makna Di Sebalik Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Dlm Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline. Prosiding seminar politik Malaysia: Landskap politik Malaysia pasca pilihan raya ke-12. Sabah: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.