Pemodelan hidrologi - hidraulik aliran air songsang dan analisis saiz partikel sedimen Sungai Chini, Pahang
List of Authors
  • Gasim, Muhammad Barzani , Mohd Ekhwan Toriman , Mohd Khairul Amri Kamarudin , Nor Azlina Abd Aziz , Nor Rohaizah Jamil

Keyword
  • Pemendapan sedimen, saiz partikel sedimen, aliran songsang, Simulasi, Skala Phi

Abstract
  • Aliran air songsang merupakan aliran abnormal waktu banjir akibat kemasukan air sungai utama ke anak sungai. Kemasukan air Sungai Pahang beserta sedimen terampai yang banyak telah menyumbang terhadap pemendapan sedimen yang aktif dan bersaiz halus di Sungai Chini. Artikel ini membincangkan hasil kajian mengenai penentuan saiz bahan sedimen yang telah dijalankan di Sungai Chini pada dua musim yang berbeza iaitu musim normal (16/8/08) dan musim hujan (4/12/08). Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih. Parameter yang telah diguna bagi tujuan kajian adalah berdasarkan kepada jenis taburan saiz partikal sedimen (g). Pengelasan mengikut saiz bahan telah dikira dan ditentukan melalui nilai skala Phi (ø) bagi mengira pelbagai nilai statistik seperti median, min (M), sisihan piawai (D) dan pencongan (S). Nilai luahan sungai (m3/s) dan beberapa data hidraulik lain juga dikira bagi pemodelan simulasi dengan menggunakan perisian XP-SWMM. Simulasi dijalankan bertujuan melihat aliran sebenar yang berlaku ketika kajian dijalankan serta mengenalpasti masalah semasa yang timbul. Keputusan kajian yang diperolehi dengan saiz partikel yang ditunjukan oleh nilai statistik Min (M) adalah jenis butiran yang kasar, iaitu di antara phi ø 0.00 ke phi ø 1.00. Sisihan Piawai (D) menunjukkan tahap keseragaman endapan yang buruk dan sangat buruk, iaitu di antara phi ø 1.00 ke phi ø 4.00 dan Pencongan (S) adalah bersaiz butiran yang sederhana hingga ke sangat halus (phi ø +0.10 ke phi ø +1.00).

Reference
  • Bujang, K.H., Ahmad, J. & Shukri, M. 1991. Pengenalan Mekanikal Tanih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Creek connections. 1999. Total Dissolved Solids Information Sheet. (atas talian) http://creekconnections.alleg.edu/classroomresources/chemistry/TDSSheet.htm.
    Felix Tongkul. 2000. Sedimentologi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Malaysia.
    Gerald M. Friedman & Kenneth G. Johnson. 1982. Exercises in Sedimentology. New York Chichester Brisbane Toronto Singapore.
    Leeder, M.R. 1982. Sedimentology. London: Chapman & Hall.
    Mohd Ekhwan Toriman, Mushrifah Idris, Nor Rohaizah Jamil, Muhammad Barzani Gasim, Pua Hock Wei, Nor Azlina Abd Aziz & Mohd Khairul Amri Kamarudin. 2009. Temporal Variation in the Sediment Yield the Tasik Chini Feeder Rivers and the Influences of Human Activities. Dlm Jumaat H. Adam, Muhammad Barzani Gasim & Zaini Sakawi. (Pnyt). Bio-Kejurutrya an & Kelestarian Ekosistem. Penerbit UKM, hlm 221-235.
    Mohd Khairul Amri Kamarudin, Mohd Ekhwan Toriman, Sharifah Mastura S.A., Mushrifah Hj. Idris, Nor Rohaizah Jamil and Muhammad Barzani Gasim. 2009. Temporal Variability On Lowland River Sediment Properties And Yield. American Journal of Environmental Sciences 5(5): 657-663, 2009.
    Mushrifah Idris & Ahmad Abas Kutty. 2005. Tren of Physico-chemical Water Quality. Dlm. Mushrifah Idris, Khatijah Hussin & Abdul Latiff Mohamad (pnyt.). Sumber Asli Tasik Chini. Bangi: Penebit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 20-29.
    Mustaff Omar. 2005. Dampak pembangunan ekopelancongan dan pertanian ke atas kehidupan komuniti orang asli. Dlm. Mushrifah Idris, Khatijah Hussin & Abdul Latiff Mohamad (pnyt.). Sumber Asli Tasik Chini, Bangi: Penebit Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia, hlm. 134-144.
    Noorazuan Md Hashim, Jalaluddin M. Saad, Noor Farizam Othman, Wong Ka Mei & Hani Ab Rani. 2001. Kajian Angkutan Sedimen Dan Beban Dasar Sungai Di Lembangan Sungai Hijau Bukit Fraser. Dlm A. Latif, Zuriati Zakaria, Zaidi M. Isa, Kamarudin Mat Salleh, Noorazuan Md Hashim dan Laily Din. (Pnyt). Bukit Fraser: Persekitaran Fizikal, Biologi dan sosio-ekonomi. Penerbit UKM. Malaysia, hlm 11-21.
    Othman, Y. & Shamsuddin, J. 1982. Sains Tanih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia.
    Sharifah Mastura., Sabry Al-Toum and Othman Jaafar. 2003. Rainsplash Erosion: A Case Study in Telaka River Catchment, East Selangor, Malaysia. Geografia Vol. 1 Issue 4, hlm 44-59.
    Shuhaimi-Othman, M., Lim Eng Chong, Mushrifah Idris & Shaharudin Idrus 2005. Kualiti Air Dan Logam Berat di Tasik Chini, Pahang. Prosiding Seminar IRPA RMK-8,Kategori EAR:Jilid ii:216-220.
    Simon J. Blott. & Kenneth Pye. 2001. Gradistat: A Grain Size Distribution and Statistics Package For The Analysis of Unconsolidated Sediments. UK.
    Strahler, A.N. 1978. Terj. Geografi Fizika l. New York: John Wiley & Sons Inc.
    Sulong, M. & Mohd Ekhwan, T. 2006. Implikasi struktur kunci air ke atas aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitar Sungai Chini dan Tasik Chini, Pahang. Journal E-Bangi. 1 (1): 1-13.
    Thornes, J. 1979. River Channels. London Macnaillan Education.
    Udden JA. 1914. Mechanical composition of clastic sediments. Bulletin of the geological society of America. US.
    Wan Ruslan Ismail. 1994. Pengantar Hidrologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Malaysia.
    Wentworth CK. 1922. A scale of grade and class terms for clastic sediments. Journal of geology.