Slanga dalam media sosial: satu pendekatan minimalis
List of Authors
  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan , Muhammad Syafreza Azwan Pisol

Keyword
  • Slanga, media sosial, pendekatan minimalis, ayat selapis, sintaksis

Abstract
  • Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan tidak dianggap sebagai bahasa standard dalam bahasa. Slanga juga mempunyai perbendaharaan kosa kata yang tersendiri dan dikategorikan sebagai kosa kata tidak formal. Namun kajian ini ialah mengenai penggunaan slanga yang digunakan dalam media sosial yang bertujuan untuk interaksi sosial. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis ayat selapis slanga dalam whatsapp dan instagram menggunakan kerangka minimalis dan menjelaskan pembentukan jenis ayat yang dianggap sebagai tidak formal. Kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji hanya menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah ini bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ ayat yang dikaji dengan mengumpul dan menjalankan analisis kandungan ke atas 25 ayat slanga daripada media sosial iaitu Instagram dan Whatsapp sebagai instrumen pemerhatian. Hasil kajian yang telah diperoleh daripada penggunaan bahasa slanga dalam media sosial seperti Whatsapp dan Instagram didapati mempunyai hubungan dengan kata ganti nama diri, kata kerja dan pengaruh bahasa asing. Slanga ini terdiri daripada empat bentuk perkataan slanga iaitu kata slang a yang merujuk kepada kata ganti nama (KGN) diri, kata slanga merujuk ekspresi, kata slanga merujuk kata kerja (KK) dan juga kata slanga yang dipengaruhi oleh bahasa asing. Kajian ini berjaya menunjukkan bahawa penggunaan slanga yang sedang berleluasa akibat media sosial mempunyai impak yang negatif terhadap bahasa Melayu jika tidak dibendung dengan sempurna

Reference
  • 1. Chomsky, N. (2007). Minimalist Program. Cambridge: MIT Press.
    2. Grice, H.P. (1975). Logic and conversations. Berkeley: University of California.
    3. Mary Fatimah Subet & Muhammad Zaid Daud. (2017). Semantik dan makna konotasi dalam slanga pelacur. Kertas Kerja ini dibentangkan semasa The International Conference on Language Studies (iCLS) 2017. Kuching (Riverside Majestic Hotel), 9-10 Ogos.
    4. Mary Fatimah Subet & Muhammad Zaid Daud. (2018). Makna denotatif dan konotatif dalam slanga pelacur. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO) 3(1), 29-43.
    5. Mary Fatimah Subet & Muhammad Zaid Daud. (2019). Slanga dan simbol tumbuhan dalam komunikasi lisan masyarakat melayu: pendekatan semantik inkuisitif. Jurnal Pengajian Melayu 30(1), 108-136.
    6. Mohd. Amin Arshad. (2002). Bahasa slanga: Pembentukan dan ciri-cirinya. Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 3(1), 49-63.
    7. Mohd Khairul Adenan, Florence Gilliam Kayad & Muhammad Zaid Daud. (2019). Analisis stilistik melalui penggunaan bahasa dalam novel sastera indie: Karya Azwar Kamaruzaman. Jurnal Kesidang 3(1), 106-121.
    8. Mohd Shahremy Ikmal Shahbudin. (2020). Kepanikan pengguna media sosial terhadap virus COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature 11 (2020), 1-10.
    9. Zuraidah Mohd Sulaiman. (2016). Slanga mengupayakan kreativiti berbahasa remaja Melayu dan Cina (Bahagian 1). Dewan Bahasa 16(3), 22-25.
    10. Zuraidah Mohd Sulaiman, Gan Kiat Chien, Eng Sze Boon, & Ahmad Harith Syah Md Yusuf. (2012). Slanga remaja Melayu dan Cina: Analisis awal berdasarkan Teori Relevan. International Conference On Arts, Social Sciences, And Technology (ICAST2012).