Perubahan budaya orang Bateq dalam situasi ekopelancongan di Taman Negara
List of Authors
  • Zuriatunfadzliah Sahdan

Keyword
  • Orang Bateq, Ekopelancongan, Perubahan Budaya, Difusi, Taman Negara Malaysia

Abstract
  • Penglibatan etnik peribumi dalam industri pelancongan adalah penting. Keunikan budaya mereka telah menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi Malaysia seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi. Namun, kemasukan pelancong mempengaruhi etnik peribumi dalam mengubah budaya dan cara hidupnya. Artikel ini menyelidiki perubahan budaya orang Bateq yang terlibat dalam ekopelancongan di Taman Negara berdasarkan teori difusi. Kajian ini dijalankan pada bulan Febuari 2009. Aspek kajian memfokus kepada aspek budaya seperti bahasa, pakaian, pemakanan dan kraf tangan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menjadikan temu bual dan analisis dokumen sebagai instrumen utama. Transkrip temu bual dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo. Perisian ini membolehkan tema diwujudkan berdasarkan persoalan kajian untuk memudahkan proses analisis dan seterusnya mencapai objektif kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini telah dibuktikan dan disahkan oleh Triangulasi data. Triangulasi dilakukan dengan membandingkan setiap maklumat dari analisis dokumen, temu bual terhadap peserta kajian dan informan tambahan serta pemerhatian berdasarkan soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada empat aspek budaya yang dikaji, hanya satu aspek budaya yang mengalami perubahan iaitu pakaian. Pakaian orang Bateq telah berubah serta-merta tanpa pengekalan budaya tradisional. Ini berbeza dengan aspek pemakanan yang hanya berubah sebahagiannya dan masih bercampur dengan budaya asal. Sebaliknya, tiada sebarang perubahan dalam aspek bahasa dan kraftangan tradisional orang Bateq. Hal ini menunjukkan bahawa tahap ketahanan budaya orang Bateq adalah tinggi jika dibandingkan dengan sejarah latar belakang penglibatan mereka dalam ekopelancongan.

Reference
  • Abdullah Taib. 1985. Asas-asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Ahmad Shuib. 2004. Tourism in Taman Negara Malaysia – Its Contribution as Perceived by Residents of Ulu Tembeling. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, 47, 37-48.
    Blench, R. 2006. Why are Aslian-Speakers Austronesian in Culture? (Electronic version). Diperolehi Januari 11, 2009 daripada http://www.cpsu.org.uk/downloads/Colin_Ni.pdf.
    Chou, Cynthia & Benjamin, G. 2002. Tribal Communities In The Malay World: Historicall, Cultural And Social Perspectives. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
    Endicott, K.M. 1979. Batek Negrito Religion: The World View & Ritual Of A Hunting And Gathering People Of Peninsular Malaysia. New York: Clarendon Press.
    Goeldner, C.R., Brent Ritchie, J.R. & McIntosh, R.W. 2000. Tourism: Principles, Practices, Philosophies. Canada: John Wiley & Sons Inc.
    Hood Salleh. 1996. Alam Sekitar Manusia di Taman Negara: Rangka Kajian. Dalam Ibrahim Komoo (Ed.) Taman Negara: Conserving Our National Heritage (m.s. 33-42). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Kadir H.Din. 1997. Tourism and Cultural Development in Malaysia: Issues for a New Agenda. Dalam Shinji Yamashita, Kadir H. Din & Eades, J.S (Ed). Tourism and Cultural Development in Asia and Oceania (104-118).Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Liu, Ong Puay. 2008. Packaging Myths For Tourism: The Rungus Of Kudat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Norazit Selat. 1993. Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Ratz, T. 2000. The Socio- Cultural Impact of Tourism. Diperolehi Januari 11, 2009 daripada http://www.ratztamara.com/impacts.pdf.
    Viken, A.2007. Indigenous Cultures Challenged By Ecotourism. Norway: Finmark University College.
    Zainuddin Isman. 2001. Orang Melayu Di Kalimantan Barat: Kajian Perubahan Budaya Pada Komuniti Pesisir Dan Komuniti Pedalaman. Projek Sarjana. Institut Alam dan Tamadun Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan).
    Zanisah Man, Nurul Fatanah Zahari & Mustaffa Omar. 2009. Kesan ekonomi pelancongan terhadap komuniti Batek di Kuala Tahan, Pahang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 4 (1), 1-12.
    Zeppel, H. 2003. Sharing the Country: Ecotourism Policy and Indigenous Peoples in Australia. Dalam Fennell, D.A. & Dowling, R.K (Ed). Ecotourism Policy and Planning (55-71). United Kingdom. CABI Publishing.