Tahap Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah (TS25) terhadap Kepimpinan Pembelajaran Guru
List of Authors
Farrah Syuhaida Ismail, Nor Fazilah Noor Din, Rashidi Hamzah, Talha Taufik
Keyword
TS25, pemimpin pembelajaran, tahap keberkesanan, cabaran, guru, transformasi sekolah
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai tahap keberkesanan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dalam meningkatkan peranan guru sebagai pemimpin pembelajaran serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru semasa pelaksanaan program TS25. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan pengumpulan data menggunakan borang soal selidik yang dibina berdasarkan dua tema utama, iaitu tahap keberkesanan peranan guru dan cabaran pelaksanaan TS25. Seramai 104 orang guru dari sekolah-sekolah pelaksana TS25 di negeri Perlis telah menjadi responden kajian ini. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap keberkesanan guru sebagai pemimpin pembelajaran adalah tinggi, dengan skor min keseluruhan mencecah 4.31 daripada 5. Sebanyak 90.4% guru berada dalam kategori keberkesanan tinggi, yang menggambarkan pelaksanaan TS25 berjaya memperkukuh kompetensi guru dalam aspek kepimpinan pembelajaran. Walau bagaimanapun, kajian turut mendapati bahawa guru berhadapan dengan cabaran pada tahap sederhana hingga tinggi, khususnya dalam aspek pengurusan masa, beban tugas yang tinggi, dan kekangan dalam pelaksanaan aktiviti kolaboratif seperti PLC. Implikasi kajian ini mencadangkan agar pelaksanaan TS25 disokong dengan latihan berterusan, pengurusan masa yang lebih fleksibel, dan bimbingan profesional yang lebih tersusun. Dapatan ini dapat menjadi asas penting kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah-sekolah pelaksana TS25 dalam menambah baik strategi pelaksanaan serta memperkukuh peranan guru sebagai ejen perubahan dalam memacu transformasi pendidikan negara.