Penilaian ciri fiziko-kimia tanih pasir di persekitaran dataran banjir Sg. Langat, Selangor untuk penanaman rumput dan pertanian
List of Authors
  • Sahibin Abd. Rahim , Wan Mohd. Razi Idris

Keyword
  • Tanih pasir, dataran banjir, Sg. Langat, ciri fiziko-kimia, kedapatan air

Abstract
  • Kajian ke atas ciri fiziko-kimia pasir dari dataran banjir Sg. Langat telah dilakukan. Sebanyak tiga stesen persampelan (S1, S2 dan S3) telah dipilih untuk mengambil sampel tanah yang diuji. Ciri fiziko-kimia yang ditentukan adalah pH, kekonduksian elektrik, kandungan bahan organik, taburan saiz, ketumpatan, potensi penahanan air dan potensi sejatan. Nilai pH ditentukan dalam larutan air:tanah dalam nisbah 2.5:1. Kekonduksian elektrik ditentukan dari ekstrak gipsum tepu. Taburan saiz zarahan ditentukan menggunakan kaedah pipet dan ayakan kering. Kandungan bahan organik ditentukan dengan kaedah kehilangan menerusi pembakaran. Kekonduksian hidrolik ditentukan menerusi kaedah jatuhan kepala tekanan. Evaporasi tanih diukur dari kehilangan berat harian sampel. Ketumpatan pukal dan jumlah ruang rongga didapatkan secara perkiraan. Penahanan air ditentukan dengan membiarkan didapatkan dengan membiarkan tanih tepu air menyalir untuk mencapai had basah. Nilai pH tanih pasir di sekitar 4.93 hingga 5.57. Nilai kekonduksian elektrik adalah di bawah 3.4 mS.cm-1. Tanih didominasi oleh saiz pasir sangat halus dan pasir halus dengan kandungannya di S1, S2 dan S3 masing-masing 28.5, 29.5 dan 25.0% dan 38.1, 23.2 dan 24.2%. Kandungan pasir yang tinggi menyebabkan air dipegang oleh butiran pasir dengan sedutan yang rendah iaitu dari -0.19 hingga -1.67 bar. Ketumpatan pukal tanih adalah sederhana dan kandungan bahan organiknya sangat rendah (<1%). Kandungan ruang rongga adalah di sekitar 55%. Kandungan air pada had basah adalah antara 51 hingga 59%, manakala kandungan udara pada had basah adalah dari 41 hingga 49%. Berdasarkan ciri tanih di atas, rumput serta tanaman lain yang ditanam pada tanih ini dijangka mengalami masalah kedapatan air yang rendah jika penyiraman tidak dilakukan secara kerap.

Reference
  • Abdulla, H.H. 1966. A study of the development of podzol profiles in Dovey Forest. Ph.D. Thesis, University of Wales.
    Avery, B.W. 1982. Soil classification for England and Wales: Higher Categories. Soil Survey Technical Monograph 14, Harpenden.
    Beard, J.B. 1973. Turfgrass Science and Culture-warm season turfgrass. Prentice-Hall, Inc. Englewood Cliffs, N.J. 133 pp.
    Bouma, J., Brown, R.B. & Rao, P.S.C. 2003. Retention of Water: Basics of Soil-Water Relationships - Part II. Fact sheet SL-38, Soil and Water Science Department, Florida Cooperative Extension Service, Institute of Food and Agricultural Sciences, University of Florida.
    Brady, N.C. & Weil, R.R. 2005. Elements of the Nature and Properties of Soils. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
    MAFF, 1982. Techniques for Measuring Soil Physical Properties. Reference Book 441. Her Majesty’s Stationary Office, London. 58 pp.
    Massey, D. M. & Windsor, G. W. 1967. Rep. Glasshouse Crops Res, Inst., 72 pp.
    Mazlin B. Mokhtar, Shaharudin Idrus & Sarah Aziz (eds). 2003. Ecosystem Health of The Langat Basin. Proceeding of The 2003 Research Symposium on Ecosystem of the Langat Basin. LESTARI, UKM.
    Sahibin Abd. Rahim, Tukimat Lihan, Wan Mohd. Razi Idris and Choo Lee Chain.2006. Pengambilan logam berat Fe, Mn and Cu oleh Melastoma malabathricum Di tapak Bekas Lombong Timah dan Besi Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor. Sains Malaysiana 35 (1): 37-44.
    Sahibin Abd. Rahim, Zulfahmi Ali Rahman, Wan Mohd. Razi Idris, Azman Hashim, Tukimat.
    Lihan, Muhd Barzani, Gasim, Jumaat Adam & Fong Ngai Lim. 2009. Kandungan logam berat terpilih dalam tanih dan tumbuhan Arundina graminifolia dari kawasan Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Sains Malaysiana 38(1): 31-38.
    Shamshuddin Jusop. 1981. Asas Sains Tanih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Stewart, V.I. & Adams, W.A. 1968. The quantitative description of soil moisture states in natural habitats with specific reference to moist soils. Dlm. Wadsworth, R.M. (pnyt.). The Measurement of Environmental Factors in Terrestrial Ecology. Blackwell Scientific Publications, Oxford, 161-173.
    Terzaghi, K. & Peck, R.B. 1967. Soil mechanics in engineering practice. 2nd ed. John Wiley & Sons, New York.